Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kehadiran Tahun Arnab sempena Tahun Baru Cina kali ini akan membawa limpahan kejayaan kepada segala dasar dan agenda yang telah dibentangkan oleh kerajaan.
"Saya harap tahun ini tahun yang dapat memberi limpahan kejayaan sesuai kepercayaan tahun arnab iaitu tahun kejayaan dan rezeki boleh diperolehi.
"Ini akan hanya jadi kenyataan sekiranya semua dapat pastikan dasar-dasar kerajaan dan agenda yang dibentangkan dapat dilaksanakan sebaik-baiknya," katanya ketika ditemui pemberita sempena Majlis Rumah Terbuka MCA, di Wisma MCA di sini, Khamis.Najib yang hadir ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut berharap sektor swasta dan masyarakat Cina dapat turut sama memainkan peranan untuk menyokong dan mendokong kejayaan kerajaan berdasarkan agenda nasional.
Surah Al Baqarah [2] : [255]
.....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangmereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)