Polis nafi rompak wanita hamil
Bercakap kepada akhbar Star, Penolong Pesuruhjaya Arjunaidi
Mohamed semalam menafikan anggotanya mencuri RM20,000 dan beberapa barangan lain seperti yang didakwa wanita itu, yang hamil lapan bulan.
Menurut Arjunaidi, polis hanya merampas RM15,900 sebagai sebahagian daripada penyiasatan.
Para penyiasat mengesyaki wang itu, yang masih dalam simpanan polis, mungkin hasil keuntungan haram.
Arjunaidi mengesahkan polis memang memotong jeriji kedai tersebut selepas Chow enggan membukanya, tetapi sedang menyiasat tuduhan bahawa dia ditampar.
Dalam laporan polisnya Selasa lalu, Chow (kanan) berkata, polis merampas RM20,000, enam botol minuman keras, rokok, oren
mandarin, beberapa kartun minuman tin, 30 SIM kad sim dan sistem CCTV di kedainya.
Dia mendakwa, apabila dia meminta balik wang RM20,000 tersebut, polis memintanya jangan menjadikannya satu isu atau dia akan ditangkap semula.
Chow dibebaskan pada malam Isnin selepas dia dibawa ke Jabatan Kastam di Kelana Jaya kerana tidak membayar cukai minuman keras dan rokok.
Dia telah diminta melaporkan diri semula di Jabatan Kastam pada 2 Mac.