Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 5, 2011

‘My Balik Pulau’ bukti Umno lupa sejarah, hina Melayu


GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad digesa meminta maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung risalah “My Balik Pulau” (MBP) bertajuk ‘lupa sejarah, hina Melayu’ kerana boleh menimbulkan perbalahan kaum.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, tuduhan melulu dan palsu terhadap kerajaan Pulau Pinang, kononnya mengeluarkan risalah itu, sebenarnya bohong kerana ia sebenarnya terbitan kerajaan Umno.
“Umno mesti bertanggungjawab terhadap kandungan MBP berikutan kandungan “lupa sejarah, hina Melayu”. Tuduhan terhadap PR itu seumpama beliau meludah ke langit dan terkena diri sendiri.
“Risalah itu tertera nama penyumbang iaitu Kementerian Pelancongan dan pemimpin Umno Balik Pulau termasuk Pusat Sumber Muhammad Farid. Namun, jentera media Umno terus menyebar fitnah terhadap kerajaan Pakatan,” katanya.
Semalam, Farid dengan menggunakan media Umno menyatakan PR, kononnya mengedar risalah My Balik Pulau yang mengandungi fakta sejarah tidak tepat dan disifatkan sebagai berbahaya.
Adun Pulau Betong itu dilapor berkata risalah itu adalah cubaan untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu dan kesal kerana memberi gambaran Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu.
Pada kenyataan media, Guan Eng menegaskan tindakan akan diambil sekiranya Muhammad Farid tidak membuat pengakuan maaf berhubung fitnah itu sebagai serius.
“Jika beliau gagal memohon maaf minggu depan, pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadapnya kerana menimbulkan ketegangan kaum dan harmoni di kalangan rakyat Pulau Pinang.
Katanya, keghairahan serangan kerajaan Umno terhadap PR tidak berasas kerana membelakangkan fakta dan kebenaran sehingga melihatkan sikap mereka yang cuba membangkitkan isu perkauman.
“Selain mendedahkan pekung sendiri, kerajaan Umno membuktikan bahawa beliau benci dan tidak perlukan undi bukan Melayu di Pulau Pinang,” katanya.


Norutul Ilham | 5 Feb 2011, 02:10 pm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular