WarkahDaily, 1 April – Memang muka tak tahu malu wakil Umno-BN sorang ni. Ada hati mahu peruntukan dari kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Dah miskin sangat dah ke?
Sah! YB Umno-BN sorang ni tak sedar diri apabila dengan selambanya cuba mempersoalkan agihan peruntukan kewangan yang tidak diberi ke kawasan yang diwakilinya.
Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang), bertanya kenapa kerajaan negeri tidak memberikan peruntukan kepada Dun Permatang yang di bawah BN, beliau sendiri sebagai Adun tidak pernah dipanggil berbincang sebaliknya Pusat Khidmat PKR menguruskan kewangan dan peruntukan Dun Permatang.
"Kenapa tidak menghormati saya sebagai wakil rakyat yang dipilih di sana?" soal Sulaiman (Gambar).
Sejak bila hang belajar perkataan hormat ni…dah buang tebiat ke bro? Sebelum hang nak bercakap pasal hormat, nak persoalkan pasal peruntukan kewangan, baik hang pi tanya dulu ’bos’ hang kat Putrajaya tu, kenapa depa tak bagi peruntukan kat kawasan yang diwakili YB dari Pakatan Rakyat.
Malahan, kenapa kerajaan pusat (BN) juga tidak memberikan peruntukan dan hasil royalti yang menjadi hak rakyat Kelantan untuk diuruskan oleh kerajaan negeri? Kenapa ketika Terengganu diperintah PAS, ada barua Umno pengkhianat rakyat telah meminta kerajaan pusat menarik balik hasil royalti minyak untuk diuruskan oleh kerajaan negeri?
Bukan sahaja barua Umno pengkianat rakyat tidak memberikan peruntukan sepatutnya kepada wakil-wakil dari PR, tetapi dengan sewenang-wenangnya menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk menguruskan peruntukan dan hasil royalti untuk rakyat Kelantan dan Terengganu. Yang duk uruskan itu semua bukannya orang, semua barua-barua Umno yang terdiri daripada ketua bahagian dan AJK bahagian Umno. Apa hak hangpa nak buat macam tu?
Itulah sebabnya, ketua bahagian dan AJK bahagian Umno hidup kaya-raya, rumah besar, kereta besar, selalu melancong ke luar negara. Mana hangpa dapat duit banyak-banyak tu?
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak melepaskan peluang keemasan 'menghentak bola tanggung' yang dibuat seorang wakil pembangkang (Umno-BN) dalam sidang Dewan Undangan Selangor seperti yang dilaporkan Harakahdaily semalam.
Menteri Besar menjawab pertanyaan bola tanggung wakil pembangkang itu dengan melakukan ’smash tajam’.
"Itu sebab, kita telah minta kerajaan Persekutuan untuk memperuntukkan setiap parlimen kita kongsi bersama, kenapa tidak dilakukan,” katanya.
Untuk rekod, Kerajaan Persekutuan tidak menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada setiap parlimen terus kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat di seluruh negara termasuk Selangor.
Mengikut amalan demokrasi, sewajarnya wang itu disalur melalui ahli parlimen dengan dipantau pejabat daerah, bukan melalui Ketua Umno bahagian.
Malah Kerajaan Persekutuan juga menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) sedangkan Kerajaan Negeri Selangor sudah mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamataan Kampung (JKKK)
"Keadaan ini akan menimbulkan masalah kepada proses pentadbiran, kalau satu organisasi dijaga oleh dua kepala.
"Saya bangkitkan isu keselamatan untuk semua dan kita jemput semua orang serta tidak persoalkan dari segi peruntukan atau dipantau oleh Persekutuan," tambah Khalid lagi.
Isu ini berbangkit apabila Menteri Besar menjawab soalan yang dikemukakan oleh Adun Seri Setia, Nik Nazmi Ahmad mengenai Polis Tambahan.
Kerajaan Negeri telah membuat permohonan untuk untuk mewujudkan polis tambahan sendiri dengan dimulakan dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai kekuatan kewangan sendiri. Namun permohonan ini ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).