Grab the widget  IWeb Gator

Friday, April 1, 2011

BN bermuka-muka dalam isu agama


SARAWAK: Sekatan terhadap penganut agama tertentu adalah satu bentuk penindasan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibahim yang menegaskan persefahaman dan rundingan untuk kebaikan sepatutnya  digalakkan bagi membentuk masyarakat harmoni.
“Saya orang Islam. Adakah Islam halang kita untuk faham dan memahami mereka yang lain. Sudah tentu tidak. Dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti di negara kita, pengetahuan untuk memahami anutan ajaran agama merekka yang lain adalah satu keperluan penting.
“Justeru, sekatan terhadap penganut agama tertentu yang mahu mengamalkan ajaran agamanya adalah satu penindasan, katanya ketika mengadakan ceramah kelompok depan kira-kira  100 penghuni rumah panjang keturunan Bidayuh, semalam.
Anwar turut membidas golongan tertentu yang mengamalkan ajaran agama tetapi bersikap tamak dan mementingkan nafsu hingga mengetepi nilai murni.
“Adakah semua orang Islam, Kristian ataupun Buddha itu baik? Ya, mereka baik kerana mengikut dan mengamalkan ajaran sebenar dalam agama mereka.
“Tetapi apakah dengan bermuka-muka itu perbuatan yang betul? Sudah tentu tidak,” katanya.
Sambutan penduduk Sarawak terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Anwar kian terserlah
Dalam pada itu, pemimpin KEADILAN tempatan, Dr Christopher Kiyui, berkata sikap terus terang Anwar dalam isu sensitif seperti perbezaan agama dikagumi rakyat Sarawak sedangkan pemimpin Barisan Nasional (BN) sama ada di peringkat pusat mahupun negeri tidak berani berbuat demikian.
Beliau berkata, Anwar sanggup memberi penjelasan jitu kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mengenai isu sensitif dan keberaniannya itu menyamai ketokohan pemimpin Afrika Selatan, Nelson Mandela
“Datuk Seri Anwar macam Nelson Mandela. Walaupun dia pernah dipenjara dan dihukum, dia masih sanggup untuk datang melawat kita di kampung ini
“Seperti Nelson Mandela, Anwar adalah ‘Bapa Perpaduan’ sebenar kerana menyatukan dan memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas di negeri ini,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10357
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular