Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Tan Kee Kwong (anak Dr Tan Chee Kun) (gambar kanan) akan mendedahkan konspirasi video seks kononnya dilakukan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramah rakyat "Video Seks Datuk T Makan Tuan" di Dataran Markaz PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur.
Beliau merupakan bekas Pengerusi Parti Gerakan Wilayah Persekutuan dan bekas Ahli Parlimen Segambut selama tiga penggal dan kini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan.
Majlis yang akan diadakan pada jam 9.20 malam, Ahad, 3 April 2011 ini turut menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan anak bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, yang kini menjadi Timbalan Pengerusi DAP Pahang, YM Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Batu, Hj Jamhur Nawawi, PAS kawasan akan mengaktifkan semula ceramah di Dataran Markas PAS Pusat bagi membantu rakyat memahami isu-isu buatan Umno-BN yang semakin terdesak.
Katanya, isu video seks kononnya membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Umno-BN muktahir ini. Beliau berharap, program ini akan dimanfaatkan oleh rakyat untuk mendapatkan penjelasan dari dekat berkenaan isu kontroversi tersebut. Majlis akan dipengerusikan oleh Naib Yang DiPertua PAS Kawasan, Datuk Tarmizi Mohd Jam. Orang ramai dijemput hadir.