Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 31, 2011

Banggang !!! Tak Faham AGAMA ke???


Nik Sapeia tak faham agama, undang-undang




http://buletinonline.net/images/stories/berita45/nikzawilatest.JPGKUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan Pas Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof supaya Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menyediakan wakil untuk meneliti kesahihan video seks yang dikatakan melibatkan pemimpin kanan pembangkang dengan pelacur warga asing. 

Menurutnya, kenyataan Nik Sapeia adalah berat sebelah dan tidak berpandukan kepada hukum agama serta perundangan negara. 

Beliau berkata, Nik Aziz atau sesiapa sahaja tidak boleh menonton video seks tersebut dan perkara itu perlu dibawa ke mahkamah untuk diteliti sejauh mana ketulenan dan kebenarannya. 

“Ia tidak boleh berdasarkan kepada saksi sendiri dan perlu kepada proses mahkamah dengan penilaian yang sebenar. Tok Guru (Nik Aziz) pun tidak boleh tengok, hanya mahkamah sahaja yang boleh. 

“Dia (Nik Sapeia) ajak Tok Guru, ini menggambarkan dia tidak faham agama dan kenyataannya bercanggah dengan perundangan negara,” katanya, semalam. 

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dinasihatkan supaya menyediakan seorang wakil dalam kalangan parti itu untuk meneliti kesahihan kandungan video seks dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang bersama pelacur warga China. 

Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata, Menteri Besar Kelantan itu tidak boleh mengeluarkan kenyataan menafikan pembabitan pemimpin berkenaan tanpa memeriksa atau meneliti kandungannya. 

Nik Zawawi bagaimanapun menegaskan, mereka yang menyebarkan video tersebut patut diambil tindakan terlebih dahulu. 

Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat turut mempersoalkan sikap mufti yang mengambil sikap mendiamkan diri dalam isu itu. 

“Mereka perlu mengeluarkan kenyataan kerana ia melibatkan hukum agama dan membabitkan qazaf,” katanya. 

Dalam masa sama, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil tindakan kerana menganggap ia membabitkan maruah negara dan rakyat, selain tidak sesekali menjadikan isu tersebut sebagai kesempatan untuk meraih undi rakyat.- SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular