Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 30, 2011

Tak Cukup lagi ke BUKTI negara kita mengalami masalah PENGGANGURAN yg serius??


KUALA LUMPUR: Kehadiran hampir 300,000 pengunjung ke karnival kerjaya ‘BN Youth Jobs’ membuktikan bahawa anak muda terutama di kalangan graduan mengalami masalah pengangguran dan pekerjaan yang serius.
“Kadar pengangguran ini sudah cukup membuktikan bahawa generasi muda masih dalam krisis pekerjaan. Maka tidak hairan kehadiran yang ramai ke karnival ini menuntut tindakan yang lebih tegas menyelesaikan masalah pengangguran,” kata Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda Malaysia, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.

Menurutnya, berdasarkan jawapan parlimen dan kenyataan akhbar oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramaniam pada Jun 2010 dan statistik perangkaan Jun lalu menyatakan kadar pengangguran di tahap 3.7 peratus atau sekitar 426,600 yang masih menganggur.
Saifullah berkata, penganjuran karnival kerjaya semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah graduan menganggur dan taraf pekerjaan graduan yang lebih rendah berbanding tahap pendidikan mereka.
Menurutnya,  kesungguhan untuk menyelesaikan masalah tersebut melibatkan langkah kerajaan mengurus ekonomi dan tatakelola yang baik bagi memperbanyakkan peluang pekerjaan samada dalam sektor kerajaan mahupun swasta.
“Dasar kerajaan Barisan Nasional yang boros, mengkayakan syarikat kroni dengan projek mega dan masalah rasuah yang melebar dalam pentadbiran kerajaan menjadikan Negara muflis dan akhirnya dana bagi membaiyai peluang-peluang pekerjaan di kurangkan diperingkat kerajaan dan pelabur tidak berminat melabur akibat rasuah dan dasar ekonomi yang berat sebelah,” ujarnya.
Justeru itu, Biro Mahasiswa AMK menegaskan bahawa masalah pengangguran di kalangan generasi muda dan graduan adalah masalah utama yang perlu dipandang seriuskerana penganjuran karnival kerjaya semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah itu dalam jangka masa panjang.
“Dasar ekonomi yang lebih adil, menghapus rasuah adalah merupakan prinsip penting bagi membanyakkan peluang pekerjaan dalam Negara,” ujar beliau.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10134



#Pemuda Umno seronok canang kata programnya berjaya tarik anak muda. Tapi tak sedar anak muda Malaysia bukan pergi nak sokong mereka tapi nak cari kerja.
Pemuda Umno juga tuduh pemuda PR tak buat program macam mereka buat. Kena la faham pemuda Umno mudah buat program tu sebab syarikat kerajaan dan swasta tak takut buka kaunter. Tapi jika pemuda PR buat sahih tak berani nak buka kaunter sebab dah banyak kali diugut oleh puak Songkok Tiga Jengkal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular