Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, August 28, 2013

Nak Masuk Islam Tapi Tak Dilayan... Ohh Negara Islam 1Malaysia..

Ketika lunch bersama Akbar & Damian (bekas penyanyi VE), tiba-tiba beliau tercerita kisah di mana ketika beliau ingin memeluk Islam tiga tahun lepas di sebuah Jabatan Agama di Lembah Klang (bukan JAIS), beliau tidak dilayan di kaunter walaupun setelah memaklumkan bahawa beliau ingin memeluk Islam.

Pegawai di kaunter asyik bergayut di telefon dan walaupun setelah selesai urusan masih tidak menguruskan pengIslamannya. Akhirnya beliau kecewa dilayan seperti kelas kedua dan beredar pergi tanpa memeluk Islam pada hari tersebut.

Ini bukan kes pertama saya dengar dan alami sendiri dari Jabatan Agama ini. Saya cadangkan agar pihak Majlis atau Jabatan Agama Islam untuk menyerahkan sahaja urusan pengIslaman dan pengurusan muallaf kepada NGO dan salurkan wang zakat bagi memudahkan urusan mereka andai tidak mampu kerana alasan kurang pekerja. Banyak NGO sanggup bekerjasama dan membantu. Sudikah anda wahai pihak berwajib? - Firdaus Wong Wai Hung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular