Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, April 14, 2011

Elaun pemimpin masyarakat naik 200% jika tawan Sarawak


KUCHING: Jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya negeri Sarawak, elaun pemimpin tradisional dan masyarakat tempatan akan dinaikkan sehingga 200 peratus, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian.

Menyatakan kenaikan elaun itu selaras kos sara hidup masa kini, beliau berkata, elaun mereka akan naik kepada RM1,350 bagi tuai rumah, RM1,500 (penghulu), RM1,700 (pemancha) dan RM2,000 (temenggong).
“Kita berjanji jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Sarawak, sumbangan dan peranan pemimpin masayarakat tempatan dan tradisional akan lebih dihargai,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, kenaikan itu adalah sebanyak RM900 bagi tuai rumah atau 200 peratuis, penghulu (RM1,050 atau 183 peratus), pemancha (RM1,250 atau 112 peratus) dan temenggung (RM 1,600 atau 66 peratus).
Gambar Hiasan
Baru Bian kesal kerana elaun bulanan yang diterima tuai rumah sebelum ini berjumlah RM450, penghulu (RM600 bulan), pemancha (RM 800) dan temenggong (RM1,200 bulan) terlalu sedikit.
“Jumlah itu menunjukkan pendapatan mereka jatuh ke paras kemiskinan seperti yang digariskan untuk  Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke-10 iaitu RM 912.
“Jika elaun pada kadar itu dilanjut, ia seolah-olah meneruskan tradisi kemiskinan di Sarawak sekalipun penerimanya adalah pemimpin masyarakat.
“Sudah terlalu lama mereka tidak dihargai pemerintah sedangkan mereka memainkan peranan penting dan menyumbang kepada pembentukan struktur sosial masyarakat tempatan.
Baru Bian berkata, hubungan antara rakyat dengan wakil masyarakat bukan  terhad kepada hubungan tradisi, bahkan mereka memerlukan individu yang menjadi perwakilan mereka apabila wujud sebarang permasalahan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11456
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular