Sepanjang penulis berada di Sarawak sempena PRU kali ini didapati takde beza antara BN Terengganu dan Sarawak semasa pemerintahan Datuk Seri Wan Mokhtar dengan Pehin Taib Mahmud. Rasa muak rakyat dan dengan isu yang ada ketika tahun 1999 akhirnya kerajaan UMNO-BN ditumbangkan oleh rakyat. Kini fenomena yang sama dihadapi oleh BN Sarawak.
Negeri kaya raya tetapi rakyat bertambah miskin. Pemimpin kaya raya tetapi rakyat menjadi mangsa. Rumah-rumah ahli poltik BN Sarawak tersergam hebat tetapi kaum iban, dayak masih tersumbat dirumah panjang, dirumah setinggan yang amat dhaif.
Dengan suasana kehidupan yang masih lagi seumpama cerita dalam filem melayu hitam-putih. Dengan memakai kain berkemban, dengan rumah yang hampir runtuh tanpa kemudahan air paip dan sebagainya… rasanya tak munasabah degeri yang seluas Semenanjung itu yang kaya dengan hasil mahsul tetapi didiami rakyat seperti itu. Apatah lagi dengan harga barang yang lebih mahal dari semenanjung.
Semasa penulis meninjau beberapa jenis barangan… fuhhh!! Rasa kasihan kepada rakyat Sarawak. Sudahlah gaji tak seberapa tetapi barangan melambung harga. Buah cempedak sebesar betis, rasanya adalah sepuluh ulas tetapi harganya RM15!! Apa ke halnye ni?? Biasanya ole-ole yang dibeli adalah Kek Sarawak dan ikan terubuk masin. Bukannya apa, sekadar ole-ole. Itu pun ikannya datang dari Burma. Tak ketinggalan mereka beli Gambir Sarawak. Buat ubat ‘sakit gigi’.
Inilah politik negeri Sarawak. Politik Gambir. Bukannya ubat penyelesai masalah tetapi sekadar ‘rasa kebas’ sementara. Dan inilah slogan BN Sarawak. Janji-janji sementara pilihanraya. Mereka dijanjikan dan dibayar sebagai upahan nikmat sementara. Mereka menggunakan politik wang demi membeli undi rakyat yang miskin demi mengekalkan kuasa dan lubuk kekayaan. Hakikatnya rakyat masih ditipu sedemikian rupa.
Mungkin kerana tertekan sekian lama, nampaknya ada perubahan ketara dalam menentukan arus politik Sarawak. Kehadiran Pas di lima kerusi dalam PRU Sarawak kali ini nampaknya mendapat sambutan yang cukup baik khususnya dari kalangan masyarakat tempatan. Kita lihatlah bagaimana keputusan besok hari.
Tetapi masih ramai lagi dikalangan rakyat yang masih sedia untuk diperalat dan diperbodohkan. Yelah! 5 tahun sekali baru Nampak muka! Diharapkan selepas ini Pas sendiri perlu untuk terus bertapak serta mengembang politiknya dibumi Kenyalang ini. Pas hendaklah terus mengukuhkan agenda tarbiyyah, dakwah serta siasahnya secera berterusan. Penerimaan baik masyarakat setempat serta penereangan yang jika diberi secara berterusan, tidak mustahil Pas akan menjadi sebuah parti yang dihormati dengan dasar Islamnya dan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak dan tuntutan rakyat. - ustsaifulbahri