Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, April 16, 2011

Taib perlu berhenti berangan- Fariz Musa



BALINGIAN: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Mahmud Taib bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak
mampu menafikan majoriti 2/3 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, sebagai angan-angan kosong.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Taib yang menyatakan ramalan bahawa BN mungkin akan kehilangan sekurangnya 30 kerusi pada PRN itu, sebagai satu kesilapan.

Justeru itu, beliau menyeru Taib supaya sedar akan kebangkitan rakyat Sarawak yang luar biasa jika dibandingkan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak
pada 2006.


“Berdasarkan kepada aktiviti, kempen dan pemerhatian, jelas membuktikan PR akan menghilangkan 2/3 kuasa Barisan Nasional (BN) atau menguasai sepenuhnya
Sarawak kali ini. Beliau patut berhenti dengan angan-angan yang sia-sia memandangkan PRN sudah berlangsung.

“Taib perlu sedar bahawa mood rakyat Sarawak cukup luar biasa. Kenyataan beliau itu sebenarnya mempunyai taktik kotor untuk BN kuasai Sarawak,” kata Fariz pada Keadilandaily.com.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai rasuah dan politik wang yang tidak terkawal bermula lewat tengah malam tadi sehingga waktu subuh sebelum PRN
berlangsung sejak pagi tadi.

“Kita mendapat maklumat mengenai rasuah dan pemberian wang di beberapa pondok panas BN bermula malam tadi.
“Menurut sumber, pengundi akan diberikan wang paling rendah sebanyak RM50. Pihak SPR juga seperti tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku di sini,” ujarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular