Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, April 14, 2011

50 tahun merdeka, Krian masih tiada bekalan air bersih, elektrik


SARATOK: KEADILAN tekad memperjuang nasib rakyat Sarawak yang selama ini  ditindas kerajaan Barisan Nasional sejak puluhan tahun.

Meskipun hampir 50 tahun Sarawak merdeka selepas pembentukan Malaysia pada 1963, namun keadaan hidup rakyatnya sangat menyedihkan terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
Kekayaan Sarawak hanya diagih kepada pemimpin BN, sedangkan rakyatnya pula  masih bergelut dengan kemiskinan dan kedaifan hidup.
Salah satu kawasan pedalaman di Sarawak adalah di daerah Krian dalam parlimen Saratok, yang masih ketinggalan jauh dari segi kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih.
Calon KEADILAN bagi kerusi DUN berkenaan, Ali Anak Biju berkata, selama ini penduduk di kawasan itu hanya dijenguk wakil rakyat BN dan diberi  imbuhan hanya ketika pilihan raya.
“Penduduk di kawasan Krian ini, jauh ketinggalan berbanding masyarakat di kawasan lain dengan prasarana asas seperti jalan raya, kemudahan elektrik dan bekalan air bersih merupakan masalah utama kepada sebahagian besar penduduk.
“Jika kita buat ukuran dari segi lokasi, Krian tidaklah terlalu jauh di pedalaman dan sepatutnya sudah membangun seperti kawasan lain” katanya selepas menemui penduduk di Rumah Nyaring, Semurin Sebetan, Saratok baru-baru ini.
Ali yang juga seorang ahli perniagaan berkata, akibat kemudahan asas yang begitu teruk menyebabkan golongan muda di DUN berkenaan berhijrah ke bandar.
Oleh itu, katanya, jika Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir kerajaan, gabungan itu akan mengutamakan empat perkara penting di kawasan tersebut.
“Pertama memberi semula hak tanah yang menjadi masalah masyarakat Bumiputera selama ini dan menubuhkan Jabatan Suruhanjaya Tanah Adat, menubuhkan Tabung Basmi Kemiskinan, kebebasan menjalankan aktiviti keagamaan dan membantu warga emas tanpa mengira kaum dengan kadar RM400 setahun.
“Jadi untuk merealisasikan semua ini, sokongan padu daripada rakyat amat dihargai dan bersama-samalah kita menolak calon BN dan Bebas pada pengundian 16 April ini,” katanya.
Tambahnya, sepanjang berkempen di 61 kawasan yang melibatkan 250 rumah panjang di kawasan Krian sambutan daripada masyarakat di luar jangkaan.
“Kita Optimis KEADILAN akan menawan DUN Krian pada pilihan raya kali ini,” katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11392
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular