Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, April 14, 2011

Skandal PKFZ : Perbicaraan Ditangguh Ke 28 Jun


SHAH ALAM, 14 April - Perbicaraan kes melibatkan tiga individu yang dituduh membuat tuntutan palsu dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang sepatutnya bermula di Mahkamah Sesyen di sini hari ini ditangguhkan apabila seorang daripada tertuduh tidak hadir.

Hakim Asmadi Husin menangguhkan perbicaraan hari ini setelah dimaklumkan oleh peguambela Hisham Teh Poh Teik bahawa anak guamnya, Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd, Stephen Abok, 53  tidak dapat hadir untuk perbicaraan kerana diserang cirit-birit.
Hisham berkata Abok memberitahunya bahawa beliau mendapat cuti sakit selama dua hari bermula semalam.
Pihak pendakwaan yang diketuai oleh Ketua Unit Pelucuthakan Harta Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad memohon supaya perbicaraan bermula pada 28 Jun ini dan dipersetujui oleh hakim.
“Sakit nak buat macam mana,” kata Asmadi. Hisham ketika ditemui selepas prosiding berkata beliau belum menyerahkan sijil cuti sakit anak guamnya kepada mahkamah dan akan berbuat demikian selepas ini.
Abok, 53, bersama bekas Pengurus Projek Kuala Dimensi, Law Jenn Dong, 52,dan arkitek Bernard Tan Seng Swee, 49, dari BTA Architect, mengaku tidak bersalah pada 8 Nov lepas terhadap 24 pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees Bhd melibatkan pembayaran RM116.85 juta kepada Kuala Dimensi berkaitan dua projek mengenai infrastruktur bekalan elektrik di PKFZ.
Abok dan Tan juga mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi tuduhan pilihan iaitu menipu OSK Trustees untuk mempercayai bahawa kerja infrastruktur elektrik bagi sistem 33 kilovolt ke Presint 2 dan Presint 8 dalam projek itutelah dilaksanakan.
Tindakan itu telah mendorong OSK Trustees membuat bayaran RM5.42 juta kepada Kuala Dimensi. Sebelum ini, Abok dan Tan mengaku tidak bersalah terhadap dua  tuduhanasal menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membabitkan tuntutan  RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 Sept 2007.
Tan dan Law pula menghadapi 24 pertuduhan asal menipu LPK bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada Kuala  Dimensi melibatkan dua projek antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008.
Hari ini Tan diwakili oleh peguam Datuk V.Sithambaram manakala Law diwakili oleh Tan Hock Chuan.
BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular