Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, April 14, 2011

cemas gila! tiga buah pesawat rasmi kerajaan Malaysia ke Sarawak

WarkahDaily – Tak kiralah salah ke tak, asalkan dapat kerahkan segala bentuk jentera yang dimiliki kerajaan digunakan untuk berhadapan Pakatan Rakyat (PR) di pilihanraya negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Terang-terangan, kali ini pemimpin BN tidak menghiraukan salah guna kuasa yang dilakukan. Asalkan kuasa dapat dikekal.

Presiden Barisan Nasional (BN) pusat, Datuk Seri Najib Razak sudah pun memberi amaran kepada jentera BN, ini adalah pilihanraya negeri tersengit pernah dihadapi BN dalam sejarah pilihanraya negeri itu.

Sambil mengaku, BN berhadapan laluan sukar berikutan sambutan luar biasa yang diberi para pengundi kepada PR dalam setiap program.

Berikutan perkembangan yang menakutkan BN itu, segala kerahan tenaga dan jentera digunakan BN demi mengekal kuasanya di Sarawak.

Dilaporkan dalam Buletin Online hari ini, kelihatan tiga buah pesawat rasmi kerajaan Malaysia (celaka pemimpin BN, guna kemudahan kerajaan untuk kempen politik mereka – kalau di luar negara, dah lama dah kena balun, bantai oleh rakyat mereka…) di Lapangan Terbang Kuching membayangkan betapa 'seriusnya' perasaan cemas pemimpin Barisan Nasional menghadapi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak ke-10.

Kehadiran sebuah pesawat ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara USD 55-60 juta diletakkan di terminal utama, manakala sebuah lagi jenis Bombardier Global Express, ketika dirakam gambarnya semalam Rabu 13 April, sedang menghampiri terminal yang sama.

Sementara itu sebuah lagi pesawat jenis Falcon 900A diletakkan di 'hangar' TUDM di lapangan terbang terbabit.

Pesawat rasmi tersebut dilaporkan adalah untuk kegunaan dua pemimpin utama kerajaan Malaysia iaiu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Kedua-dua pemimpin kanan BN yang juga adalah pemimpin Umno dilaporkan layak menggunakan pesawat khas rasmi kerajaan Malaysia untuk tujuan urusan rasmi sahaja.

Namun begitu, adakah menghadiri kempen pilihanraya negeri Sarawak merupakan urusan rasmi kerajaan?

Dan persoalan yang timbul adalah, siapa pula yang menggunakan pesawat rasmi yang ketiga?

Garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawat-pesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kedudukan BN Sarawak dalam PRN Sarawak dalam keadaan genting sebagaiamana dilaporkan Harakahdaily, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Menurut akhbar rasmi internet PAS itu lagi, 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Sehubungan itu, Presiden Umno, Najib Razak, pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, semalam, mengakui BN menghadapi tentangan hebat di kawasan bandar, dan cabaran yang dihadapi kali ini "mungkin yang paling sukar dalam sejarah politik Sarawak".

Sumber asal: Buletin Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular