Grab the widget  IWeb Gator

Friday, April 15, 2011

Rasuah TV dan Astro....Bukan Sekarang, Tetapi Selepas PRN....


Macam-macam gula-gula politik yang dijanjikan. Mengapa set televisyen dan Astro diterima penduduk selepas pilihan raya? Baca dahulu berita di bawah ini:
Saya petik:
[Bernama] Kira-kira 2,000 unit dekoder Astro dan set televisyen akan diagihkan ke rumah-rumah panjang di pedalaman Sarawak tahun ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata pegawai daerah di kawasan terbabit akan mengenal pasti penerima set berkenaan.

"Setiap rumah panjang akan mendapat satu unit yang akan ditempatkan di bawah jagaan tuai rumah panjang.

"Semua unit itu akan diagihkan selepas pilihan raya negeri," katanya selepas mengunjungi Rh. Kilau, sebuah daripada lima rumah panjang di kawasan penempatan Sungai Tunoh di pedalaman Baleh, kira-kira sehari perjalanan menaiki bot panjang dan kenderaan pacuan empat roda dari Kapit.

Salang, yang menaiki penerbangan ke kawasan itu, berkata rumah panjang terbabit terletak di kawasan yang tidak dapat menerima siaran televisyen Radio Televisyen Malaysia atau TV3.

Beliau berkata pengagihan peralatan itu adalah sebahagian daripada program kerajaan untuk membantu penduduk luar bandar bukan sahaja bertujuan meluaskan pengetahuan mereka tetapi memperoleh maklumat tepat masa mengenai peristiwa yang berlaku di dalam negara, malah di seluruh dunia.

Terdahulu, ketika mengunjungi rumah panjang Rh. Kubu anak Sandom di Nanga Tada dekat Sibu, beliau berkata kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sangat mengambil berat tentang kebajikan penduduk luar bandar di negara ini.

"Atas alasan ini, beliau berhak mendapat sokongan padu kita untuk membolehkan beliau meneruskan usaha murni ini.

"Di Sarawak kita dapat melihat beliau mengumumkan banyak projek infrastruktur dan kemudahan asas luar bandar sejak akhir-akhir ini. Ini merupakan satu daripada petunjuk yang besar," katanya.

Mengenai permohonan mendapatkan lebih banyak projek kampung Wi-Fi, Salang berkata beliau akan mengemukakan perkara itu untuk perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMK).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, ketika melancarkan projek kampung Wi-Fi Nanga Machan di Kanowit pada Isnin lalu, berkata kerajaan merancang untuk mewujudkan 600 kampung seumpama itu di seluruh negeri dalam tempoh setahun mulai sekarang.

 P/s: Ada dua kemungkinannya sahaja, sama ada pemberian ini adalah janji manis atau pemberian ini mengikut keputusan PRN. Kalau BN menang di kawasan itu, maka penduduk berkemungkinan menerimanya.

Namun, sebagai rakyat Sarawak yang bijak, anda harus persoal, selama lebih 50 tahun BN memerintah Sarawak mengapa waktu PRN semakin hampir kedengaran janji-janji seperti ini. Dalam konteks rumah panjang ini, mengapa baru sekarang mereka tawarkan Astro dan macam-macam lagi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular