Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, April 14, 2011

AH CHENG AHLI REVOLUSIONER PROLETARIAT TERPUJI


Ah Cheng
Kawan Ah Cheng (nama asalnya Shan Ru Hong, juga disebut Ah Hai dan Chen Rui) dilahirkan di Provinsi Kwangtung, Tiongkok pada 20 Oktober 1919. Beliau pernah menuntut di sekolah dasar perantau Tionghua di Kepung, Perak.

Pada tahun 1935 beliau menjadi anggota grup simpatisan PKM dan pada tahun 1938 diterima menjadi anggota rasmi PKM. 
Pada paruh kedua tahun 1935, beliau dilantik menjadi Setiausaha Cawangan Parti Untuk Kesatuan Buruh Lombong di Kepung, Pusing dan Teronoh, merangkap Ketua Jawatankuasa Penaja bagi penubuhan Kesatuan Buruh Lombong Kinta, Perak.

Pada tahun 1939, beliau dilantik sebagai Setiausaha Cawangan Umum Parti Untuk Kesatuan Buruh Lombong Kepung, Pusing dan Teronoh. Pada penghujung tahun 1939 beliau diangkat menjadi ahli Jawatankuasa Kawasan (Area Komiti) PKM.

Setelah berdirinya Kesatuan Buruh Getah Kinta, Perak, pada bulan April tahun 1941, beliau ditransfer menjadi Area Komiti untuk Kampar, merangkap Setiausaha Kesatuan Buruh Umum di sana.

Setelah Persidangan Ke-7 Yang Diperluas PKM tahun 1941, beliau dipilih menjadi anggota Jawatankuasa Pelaksana PKM Negeri Perak, kemudiannya pada tahun yang sama beliau ditransfer menjadi anggota Jawatankuasa Tetap PKM Negeri Sembilan, anggota sekretariat dan Ketua Jabatan Organisasi PKM Negeri Sembilan. Pada pertengahan Disember tahun 1941, beliau dilantik sebagai Pengerusi Liga Anti-Jepun Daerah Jelebu, Negeri Sembilan dan pada penghujung tahun tersebut beliau dilantik menjadi pengarah/komisar pasukan gerila anti-Jepun Negeri Sembilan.

Ah Cheng semasa muda
Beliau dilantik menjadi Setiausaha PKM Kawasan Khas Timur-laut Negeri Sembilan setelah Rejimen Ke-2 Tentera Anti-Jepun ditransfer ke Pahang Barat. Dan pada tahun 1944, beliau dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa PKM Negeri Sembilan.

Dalam Kongres Ke-8 Yang Diperluas Jawatankuasa Pusat PKM pada Januari 1946, beliau dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Pusat. Kira-kira dalam bulan Julai atau Ogos tahun 1946, beliau ditransfer ke Selangor menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Jawatankuasa PKM Selangor dan seterusnya Setiausaha Jawatankuasa PKM Selangor.

Dalam Kongres Ke-9 Yang Diperluas pada tahun 1947, beliau sekali lagi dipilih menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PKM.

Pada permulaan Perang Anti-British tahun 1948, beliau menjawat sebagai anggota Jawatankuasa Biro Utara Malaya Jawatankausa Pusat, dan bertanggungjawab memimpin gerakan di bahagian utara dan tengah Negerai Perak.

Pada penghujung 1948, beliau dihantar oleh Jawatankuasa Pusat Parti untuk berubat ke luar negeri disamping bertindak sebagai wakil Jawatankuasa Pusat PKM dalam mengurus hal-ehwal antarangbangsa.

Tahun 1953, beliau menjadi anggota rombongan perwakilan Jawatankuasa Pusat PKM untuk Tiongkok.

Tahun 1955, PKM mengadakan sidang lengkap Jawatankuasa Pusat Ke-10 Yang Diperluas, beliau dipilih menjadi anggota Jawatankuasa Pusat dan anggota Politbiro Jawatankuasa Pusat.

Tahun 1960, beliau memimpin Biro Utara Malaya dan menjawat sebagai Setiausaha Biro Utara Malaya Jawatankuasa Pusat PKM.

Tahun 1961, dalam Kongres Ke-11 Yang Diperluas Jawatankausa Pusat, beliau sekali lagi dipilih menjadi anggota Jawatankuasa pusat dan anggota Politbiro Jawatankuasa Pusat.

Pada September 1965, beliau dihantar keluar negeri untuk bertugas sebagai anggota Jawatankuasa Pusat untuk urusan luar dan anggota rombongan perwakilan Jawatankuasa Pusat PKM.

Pada penghujung tahun 1969, beliau memimpin kerja di Stesyen Penyiaran Radio Suara Revolusi Malaya.

Tahun 1972, beliau balik ke tanah air dan bertugas sebagai Anggota Setiausaha di Sekretariat Biro Utara Malaya Jawatankuasa Pusat.

Tahun 1980, dalam Kongres Ke-12 Jawatankuasa Pusat Yang Diperlus, beliau sekali lagi dipilih menjadi anggota Jawatankuasa Pusat dan anggota Politibiro Jawatankuasa Pusat PKM.

Pada bulan Oktober 1988, beliau ambil bahagian dalam rombongan perwakilan rundingan damai pihak PKM dengan pihak Thailand yang diketuai oleh Kawan Chang Ling-yun. Tetapi, beliau berundur dari rombongan perwakilan tersebut pada Februari 1989 kerana keperluan parti.

4 buah Kampung Perdamaian telah didirikan di bawah Perjanjian Damai 2 Disember tahun 1989 antara 3 pihak Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan PKM. Pada Januari 1990, beliau dilantik menjadi anggota Jawankuasa Kerja Kampung-kampung Tionghua, memimpin Kampung Perdamaian Pertama dan kemudiannya memimpin Kampung Perdamaian Ke-2 pada bulan Mac tahun yang sama.

Setelah Jawatankausa Kerja Kampung-kampung Tionghua diubah menjadi Jawatankuasa Penyelaras pada penghujung tahun 1990, beliau menjadi salah seorang anggota Jawatankuasa Penyelaras dan terus memimpin Kampung Perdamaian Ke-2 (kemudian diubah namanya menjadi Kampung Chulabhorn Patana Ke-10).

Dalam era perdamaian, beliau sempat menulis beberapa buah buku kenang-kenangan, antaranya:

1. TANGGUNGJAWAB SAYA(我肩负的使命)

2. MENGENANG HAL YANG LAMPAU (Gold In The South) atau (回忆往事)

3. DARI SIDANG KE-8 YANG DIPERLUAS SAMPAI PERANG ANTI-BEIRISH (从“八扩”到抗英战争)

4. THE WAR IN THE SOUTH

Beliau meninggal dunia di Hospital Betong, Wilayah Yala, Selatan Thailand pada pukul 1.00 tengah hari, 30 Mac 2011 dalam usia 92 tahun.

Jenazah beliau telah disemadikan mengikut kepercayaan agama Buddha pada 7 April 2011.

KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular