Grab the widget  IWeb Gator

Friday, April 15, 2011

Akhbar LIBERATIONS Pun Tuduh Sama

Tuduhan penglibatan Najib dan Rosmah di dalam pembunuhan Altantunya bukan terhad datangnya dari RPK sahaja, ia juga dibuat oleh Akhbar LIBERATION yang berpengkalan di Paris. 



Artikel tersebut bertajuk "The Altantuya Shaaribuu’s Case : How and why she was killed?". Ianya pertama kali diterbitkan di sebuah akhbar Perancis bernama The Liberation pada 5 March 2009. 

Artikel tersebut ditulis oleh seorang wartawan bernama Arnaud Dubus yang berpengkalan di Thailand. Di dalam menulis artikel tersebut beliau telah pergi ke Kuala Lumpur, Ulan Batoor serta Paris.

Beliau juga menemuramah beberapa orang di tempat yang beliau pergi termasuk kawan baik Altantunya serta ahli keluarga Altantuya.

Terdapat banyak tuduhan dan pendedahan yang dimuatkan dalam artikel tersebut.

Soalnya sekarang adalah:

1.0 Wartawan tersebut membuat tuduhan yang agak sama dengan tuduhan Raja Petra tetapi beliau melakukan kajian dan siasatan beliau sendiri

2.0 Sehingga hari ini Kerajaan Malaysia tidak berani menyaman Akhbar Liberation kerana menerbitkan artikel tersebut.

3.0 Penulis artikel masih lagi bertanggungjawab terhadap kandungan artikel tersebut.

Maka, bukan Raja Petra seorang yang menuduh akan keterlibatan Najib dan Rosmah di dalam pembunuhan Altantunya.

Kenapa masih teragak-agak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat pembunuhan Altantuya?

Tulang Besi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular