Grab the widget  IWeb Gator

Friday, April 15, 2011

SUKARNYA BANTERAS ‘AYAM D7’ DI LABUAN?


Saudara Pengarang,
KAMI penduduk Wilayah Persekutuan Labuan menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien bertindak segera membatalkan permit pelayan di semua Karaoke dan Pub kerana Pusat Hiburan di W.P Labuan telah menyalahguna permit dan Tauke Pusat Hiburan telah menjalankan kegiatan ‘Ayam D7’ (Pelacur).

Untuk makluman Datuk Hishamudin, pelanggan yang mengunjungi pusat hiburan di Labuan 90 % adalah rakyat Malaysia dan bakinya dari Brunei dan luar negara.


Tahun 2007, pemimpin politik Labuan dan ‘Pihak Berkuasa Tempatan’ telah memperdaya Menteri Wilayah Persekutuan bahawa pusat hiburan di Labuan sukar mendapatkan pekerja tempatan untuk bekerja sebagai pelayan; lantas meminta Kerajaan meluluskan ‘Kouta’ membawa masuk pekerja asing dari Filipina untuk bekerja sebagai Pelayan. Akibatnya, Labuan kini menjadi ‘PULAU MAKSIAT’ terkenal di dunia, bukan IOFC atau ‘Oil and Gas’.

Ramai keluarga bercerai berai kerana pulau kecil ini sudah menjadi ‘Syurga Pelacuran’ yang boleh dikesan dengan mudah jika Hishamudin menghantar pegawai risikan KDN ke Labuan.

Pihak berkuasa tempatan hanya menjalankan ‘Ops Tayang’ dan cuma mahu menunjukkan kepada Ibu Pejabat bahawa mereka ada menjalankan operasi setiap bulan.

Kami tidak berniat mengajar pihak berkuasa tempatan cara menangkap atau siasatan kerana mereka lagi mahir dalam tugas penguatkuasaan dan undang undang.

Mesin kuda haram juga beroperasi berleluasa di bandar Labuan tanpa sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan. Sebuah premis mesin judi pernah diserbu oleh Polis IPD Labuan, tetapi kini masih beroperasi di lokasi yang sama dan mungkin komputer yang diangkat ke balai pada masa serbuan dikembalikan kepada sindiket Judi.

Kedua perkara tersebut yang menjadikan ‘Social Ill’ jika tidak dibanteras segera dan tiada maknanya Kerajaan membazir duit dan masa mengadakan ‘Community Policing’ dan melekat poster di bilik ketibaan Lapangan Terbang Dan Terminal Feri ‘Banteras Pemerdagangan Orang’; sila dial 999 atau email www.moha.gov.my

Siapa silap? Kerajaan BN? Pemimpin atau Penjawat Awam? Siapa yang mendalangi kegiatan pelacuran dan judi haram di Labuan?

Kita sentiasa baca di surat khabar satu atau dua orang pelacur ditangkap dan di tuduhan ke makhamah dan disumbat ke penjara kerana melakukan pelacuran di hotel bajet di Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur, tetapi beribu ‘Pelacur Berlesen’ di Labuan tiada tindakan. Sebelum serbuan, semua tauke pusat hiburan sudah tahu kerana pegawai pihak penguatkuasa di dalam ‘Pay Roll’ Tauke Pusat hiburan. Buktinya, belum ada dalam sejarah Labuan, ‘Bapa Ayam’ dan ‘Tauke Pusat Hiburan’ di cekup dan disumbat ke dalam penjara daripada kegiatan haram mereka.

Kami harap SPRM akan siasat Pihak berkuasa seperti Immigresen dan jabatan kerajaan yang lain selepas KDRM diserbu bagi menghapuskan kegiatan rasuah supaya selepas PRU 13, Kerajaan BN akan kekal jadi Kerajaan Malaysia yang disayangi orang Labuan. Kita tidak mahu lihat Kerajaan BN tumbang gara-gara pemimpin dan pegawai Kerajaan yang korup.

Salam Hormat,
SPY SABAHKINI.NET
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular