KUCHING: Rakyat Sarawak akan membuat keputusan bagi menentukan kerajaan yang sah pada pilihan raya negeri Sarawak ke 10 yang diadakan hari ini. Sejumlah 213 calon bertanding bagi merebut 71 kerusi yang dipertandingkan.
KEADILAN bertanding di 49 kerusi, SNAP, 26, Dap, 15 Parti Cinta Malaysia (PCM) 6, dan Pas 5. Manakala parti PBB yang diketuai Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bertanding di 35 kerusi, PRS,9 dan SDPD 8.
Seramai 41 orang bertanding sebagai calon bebas.
Pusat pengundian dibuka sejak jam 8 pagi tadi apabila pengundi mula membuang undi di kesemua 1,748 pusat pengundia seluruh Sarawak. Proses pengundian dijalan secara berperingkat di pusat pengundian seperti sekolah, rumah panjang dan pusat komuniti.
Pusat mengundi akan ditutup pada jam 5.30 petang dan keputusan tidak rasmi dijangka diketahui seawal jam 6 petang.
Pakatan Rakyat mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi pada pilihan raya ini. Namun pemerhati berpendapat, Pakatan dijangka mendapat sokongan yang lebih besar berikutan sentimen anti- Taib di negeri itu yang berpuluh tahun membolot kekayaan Sarawak dan meyebabkan kesengsaraan pada rakyatnya.
Berita selanjut menyusul
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11572