Grab the widget  IWeb Gator

Friday, April 15, 2011

Pelacur ini sudah beri keterangan kepada polis




Hebat betul PDRM mencari Pelacur dari China ini. Mungkinkah hasil kerjasama Datuk T?
Saya petik:
[kosmo] KUALA LUMPUR – Siasatan terkini ke atas video seks yang pelakunya seorang lelaki mirip pemimpin parti pembangkang memasuki episod baru apabila polis mengesahkan telah merakamkan percakapan semua individu terlibat termasuk pelacur yang dikaitkan dalam kes tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, identiti pelaku dalam video seks berkenaan juga telah dikenal pasti selepas siasatan terperinci dilakukan oleh pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai identiti pelaku dalam video seks itu kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan polis.

“Tidak kira di mana rakaman itu dirakam, yang penting kesahihan video itu penting. Imej itu tidak menggunakan teknik pertindihan.

“Identiti pelaku tersebut juga disahkan berdasarkan fakta-fakta yang kukuh,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini semalam.

Kosmo! pada 22 Mac lalu melaporkan tindakan sekumpulan tiga tokoh yang menamakan diri mereka sebagai Datuk T membuat pendedahan mengenai rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China di sebuah hotel.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular