SADONG JAYA, 14 April : PAS yakin akan melahirkan kejutan dalam pilihan raya umum negeri (PRN) Sarawak ke-10 16 April ini dengan melahirkan 'anak sulung kembar' (menang lebih dua Dun), kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah di Sadong Jaya 14 April lalu bersama calon Pesuruhjaya PAS Sarawak yang juga calon PAS Sebuyau, Adam Ahid.
Ujar Nasharudin, beberapa kawasan kini termasuk di Beting Maro, Sebuyau dan Sadong Jaya memperlihatkan tanda-tanda sokongan rakyat semakin meningkat, hingga membimbangkan BN.
"Perkembanagn saya lihat sepanjang tempoh kem;pen dan sebelaum kempen saya lihat peningkatan yang cukup ketara, sokongan moral rakyat Sarawak tanpa melihat kaum atau bangsa, mereka mesra dengan PAS," katanya.
PAS cukup diterima bukan Islam di sini dengan Iban, Dayak dan Cina amat meraikan kehadiran PAs di Sarawak, katanya.
Sebagai contoh, perarakan calon dan kempen PAS di Beting Maro, Sebuyau dan Sadong jaya dihadiri orang tempatan, katanya.
Beliau yakin akan sokongan itu tercerna dalam pilihan raya 16 September ini.
"Dapat dilihat kebimbangan BN terhadap sokongan yang semakin kurang terhadap mereka di Sarawak.Mereka (BN) bimbang dengan sekiranya tidak berjaya kekalkan dua pertuga majoriti, apapun itu seranga psikologi mereka terhadap kita, saya harap rakyuat Sarawak tekad melakukan perubahan.
"Banyak isu berkaitan rakyat Sarawak tidak dapat pembelaan kerajaan sekarang (BN)," katanya
Disebabkan itu, pengundi mula beralih arah dan tidak lagi mempercayai kepimpinan BN untuk mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan, katanya.
"Saya yakin akan berlaku perubahan, bukan sahaja satu mungkin kembar," katanya.
Sementara itu menurut maklumat Adam, calon BN Sebuyau didakwa dihalau oleh masyarakat Iban semasa mahu masuk ke rumah panjang di salah satu Unit Peti Undi (UPU) Kampung Iban dekat Sebuyau.
Ujarnya, calon BN itu dihalau kerana masyarakat Iban cukup marah dengan Julahi yang sejak dahulu tidak pernah prihatin kepada masyarakat Iban di sini.
"Sokongan masyarajat Iban cukup tinggi, saya lihat mereka cukup marah.Meraka mahu perubahan berlaku, saya letakkan 70 peratus Iban menyokong kita, saya harap begitulah, hingga hari pembuangan undi," ujarnya.
Beliau yakin perubahan akan berlaku, dan masyarakat Iban sebenarnya sudah meletakkan satu asas untuk perubahan berlaku.
"Kita akan dapat anak sulung kembar, dua tiga ataupun lima sekali," katanya sambil disambut hilai tawa Timbalan Presiden PAS.