Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, April 13, 2011

Teoh Beng Hock ‘MUNGKIN’ tidak mati !!!?



Dalam dunia yang serba moden dan serba canggih ini semua kemungkinan boleh berlaku dan terjadi. Sama ada ianya secara sengaja dirancang atau secara tidak secara dan berlaku secara kebetulan.

Tetapi, apa yang pastinya semua kemungkinan itu boleh berlaku dengan bantuan teknologi moden serta kepakaran IT.

Contohnya, berlambakan filem-filem fesyen dan fantasi dapat dihasilkan oleh para karyawan perfileman terutama kehebatan filem barat dan yahudi. Malah, filem kisah hari kiamat pun dapat dihasilkan dengan baik dan ‘real’.

Jika kita melihat dan menggunakan otak orang lain atau otak pengarah filem itu….sudah pasti kita akan dapat rasakan filem itu macam benar-benar berlaku. Dan tidak pernah terfikir oleh otak orang kampung semua itu boleh berlaku dan terjadi.

Jika filem kartun pun boleh bergerak dan bercakap seperti manusia. Haiwan dan segala benda pun boleh bercakap dan beraksi seperti manusia. Apalah sangat jika untuk meniru dengan tulisan tangan atau suara atau imej tubub badan seseorang.

Awang sebenarnya tertarik dengan satu laporan berita bahawa Suruhanjaya Siasatan yang menyiasat kematian “Teoh Beng Hock” memberitahu bahawa nota 'selamat tinggal' yang dijumpai dalam beg sandang Teoh ‘berkemungkinan’…tengok baik-baik (BERKEMUNGKINAN) ianya merupakan hasil tulisan tangan Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Persoalannya, ‘berkemungkinan’ atau ‘mungkin’ yang menunjukkan sesuatu itu sebenarnya belum pasti, belum sahih dan belum sah 100%. Cuma ‘mungkin’ atau ‘rasa-rasa’ atau ‘andaian’ sahaja.

Jadi ‘mungkin’ itu juga boleh jadi TIDAK BETUL atau TIDAK TEPAT atau AGAK-AGAK sahaja kerana itu ‘berkemungkinan’.

Samalah jika budak-budak kata dia jumpa ‘hantu’ atas pokok yang bergoyang. Jawab orang tua pula, ‘MUNGKIN’ betul atau ‘MUNGKIN’ salah. Kita boleh kata ‘MUNGKIN’ bukan hantu tetapi ‘tupai’ atau ‘burung hantu’ atau ‘musang’ atau ‘angin’ yang menggoncangkan pokok itu.


Malaysiakini melaporkan, Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia, Wong Kong Yong berkata pengesahan (berkemungkinan) itu dibuat dengan membandingkan nota itu dengan tulisan tangan dan tandatangan Teoh yang diambil oleh penyiasat bebas Michael Leslie Squires dari pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.
Wong berkata, dokumen itu kemudian diserahkan oleh Leslie kepada Wong pada Mac lalu di Jabatan Kimia Petaling Jaya dan mendapati tulisan tangan Teoh adalah sama dengan nota itu.

Persoalannya…tidak adakah orang lain yang pandai meniru dan merekacipta tulisan tangan orang lain. Tidak ada ‘kemunkinan’ kah ada pihak lain yang boleh meniru tulisan Beng Hock sebagaimana orang boleh meniru suara P.Ramlee atau Saloma atau Mahathir atau Anwar atau Najib?

Pengalaman member (kawan) Awang sendiri pernah meniru tandatangan rakan kongsinya pada sekeping cek untuk keluarkan duit di bank satu waktu dulu dengan keizinan tuan punya tandatangan sendiri. Oleh kerana, tuan punya tandatangan berada di luar kawasan.

Teoh, 30, Setiausaha Politik Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di Koridor Tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Wong yang sebelum ini pernah memberi keterangan dalam inkues Teoh di Mahkamah Shah Alam, mengesahkan sebahagian tulisan bahasa Malaysia pada nota yang ditemui dalam beg sandang Teoh dan tulisan di buku notanya dimiliki orang yang sama.

Pada 20 Sept 2010 pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal telah mengemukakan nota yang telah diterjemahkan oleh jurubahasa Mandarin dalam prosiding inkues.

Dalam prosiding hari ini, beliau menjelaskan sesuatu keadaan akan menjadi sukar sekiranya tulisan tangan seseorang terdapat pada sesuatu dokumen yang mana dibuat salinan lain.
"Kesukaran itu berlaku terutamanya dari segi garisan, tekanan dan dakwat yang digunakan pada sesuatu dokumen," katanya ketika disoal peguam Christoper Leong dari Majlis Peguam.

Ketika ditanya Leong berapakah karakter tulisan Cina yang dijumpai oleh Wong ketika pemeriksaan dibuat ke atas dokumen yang bertulisan Cina, Wong berkata: "Saya hanya menjumpai lima sampel karakter tulisan Cina yang sama dengan tulisan pada buku nota Teoh yang ditemui, iaitu 'yang','de','you','au' dan 'zi'."

Wong yang merupakan saksi ke-32 itu memberitahu pada kebiasaannya memerlukan sekurang-kurangnya lima huruf dalam bahasa Cina untuk dijadikan contoh, tetapi ia juga bergantung kepada situasi dalam kes-kes lain.

Wong turut memaklumkan kesemua buku nota dan nota tulisan tangan Teoh yang telah diterjemahkan itu ke bahasa Melayu adalah tulen.

Bagaimanapun, kenyataan Teoh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diterima dalam bentuk salinan kecuali buku nota, nota tulisan tangan dan kad kredit Teoh adalah tulen.

Sementara itu, ketika disoal Leong kenapa terdapat perbezaan tanda tangan pada kenyataan SPRM yang ditanda tangani oleh Teoh, Wong berkata: "Tidak semua individu dapat menghasilkan tanda tangan yang sama setiap masa kerana dipengaruhi dan bergantung kepada situasi seperti tekanan, getaran tulisan dan sebagainya."
Suruhanjaya itu dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat 'keputusan terbuka'.

Akhir kata, kita serahlah kepada rakyat umum yang layak mengundi untuk menentukan keadilan seterusnya. Ingat PILIHAN RAYA adalah MAHKAMAH. RAKYAT adalah HAKIM dan MEDIA adalah SAKSI yang sepatutnya berlaku adil.

NOTA: “SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI…BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA BOLEH JADI MENTERI?”-kam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular