Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 11, 2011

PKR menawarkan Rafizi untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin


Nama Rafizi Ramli mula dikenali umum secara dekat setelah beliau mengumumkan hasratnya bagi merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) tahun lalu.Ketika itu,ramai yang bertanya akan siapakah Rafizi ini memandangkan namanya sebelum itu tidaklah sebegitu dikenali berbanding Cikgu Badrul Hisham Shaharin mahupun Shamsul Iskandar Md Akin.

Walaubagaimanapun,adalah menarik untuk mengenali Rafizi dengan lebih dekat,apatah lagi beliau dan pasukannya dilihat sebagai "dream team" kepada Anwar Ibrahim.Pun begitu, penarikan diri beliau pada saat-saat akhir masih lagi menjadi tanda tanya.

Jika dilihat secara kasar,kelihatannya Rafizi adalah seorang yang tidak berani mengambil risiko dan penakut. 

Apapun,tindakan itu khabarnya dibuat setelah Shamsul Iskandar membuat pusingan U bagi bertanding semula jawatan Ketua Pemuda pada saat-saat akhir.

Selepas itu,Rafizi seolah tenggelam begitu sahaja. Walaubagaimanapun, nama Rafizi diperkatakan semula apabila PKR menawarkan Rafizi untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin mengenai Buku Jingga yang telah dilancarkan oleh Pakatan Rakyat.

Di peringkat parti,Rafizi adalah Pengarah Strategi PKR.Walaubagaimanapun,sehingga kini masih belum ada tanda-tanda bahawa debat dua penjuru Khairy-Rafizi menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.

Setelah isu cabar mencabar dalam debat yang mengaitkan beberapa nama seperti Anwar,Najib,Khairy,Nazri Aziz dan Ummi Hafilda,cabaran itu akhirnya reda begitu sahaja.

Walaubagaimanapun,pada minggu lepas RTM telah menyiarkan satu diskusi tiga penjuru antara wakil Barisan Nasional,Pakatan Rakyat dan wakil akademik untuk berdiskusi mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat dalam Bicara Rakyat yang menampilkan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan,Pengarah ISIS Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin dan Rafizi sendiri.

Ramai penonton berasa terkejut dengan usaha RTM itu yang sudah lama tidak menjemput wakil-wakil pembangkang ke studio terutamanya pada zaman Najib ini.

Untuk rekod,pada satu masa dahulu RTM ada menyiarkan debat tiga penjuru selama satu jam yang menampilkan wakil kerajaan, pembangkang dan akademik.Selain itu juga,siaran debat tersebut juga tidak mendapat hebahan yang menyeluruh sehingga ramai penonton yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan debat tersebut di TV1.

Malah,penulis sendiri hanya sempat mendengar perbincangan lima minit yang terakhir pada malam itu.Walaubagaimanapun, para pembaca boleh menonton debat tersebut di youtube ataupun menerusi rakaman video di bawah ini:

Popout

Seawal diskusi tersebut berlangsung,Rafizi diserang tiga penjuru,bukan sahaja oleh wakil Barisan Nasional tetapi juga oleh wakil akademik yang sepatutnya berkecuali,malah moderator sebagai pengemudi majlis turut menyerang Rafizi Ramli.

Selain itu,hanya dua pemanggil telefon yang tidak menghentam Rafizi selain komen terpilih di facebook juga turut sama memperlekehkan buku jingga.

Walaupun Rafizi diserang daripada banyak penjuru,beliau tetap cool dan mampu menjawab segala tuduhan demi tuduhan dengan baik dan membunuh segala hujah yang telah dibuat oleh lawannya.

Seperti mana yang dinyatakan oleh seorang pemanggil yang bernama Sudin,"Hujah panel kedua masuk akal,panel ketiga masuk akal,tapi panel yang prtama,apa yang dia cerita saya tak paham".

Debat pada malam itu kelihatannya seolah-olah antara Dr.Mahani dan Rafizi,di mana Kamalanathan langsung tidak berwibawa untuk berbincang dalam soal ekonomi.Penulis sendiri berasa pelik,adakah pihak Barisan Nasional sudah tidak ada pakar ekonomi sehingga mereka hanya menghantar seorang wakil yang tidak berautoriti dalam ekonomi?

Apapun,hujah-hujah yang baik daripada Rafizi itu membawa penulis untuk meneliti lebih lanjut akan siapa sebenarnya Rafizi Ramli ini.

Klik imej untuk lebih jelas

Dilahirkan di Besut,Terengganu pada tahun 1977,Rafizi Ramli menerima pendidikan awal Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail,Kemaman, beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tingkatan satu hingga lima.

Ketika di MCKK,kepimpinan dan kebijaksanaan Rafizi terserlah apabila bergiat aktif dalam kokurikulum terutamanya dalam bahas selain sangat cemerlang dalam pendidikan sehingga mampu menjadi pelajar terbaik SRP dan SPM.

Malah,pelbagai anugerah diberikan atas kecemerlangan beliau termasuk Anugerah Carey/Bolkiah dan Pingat Emas Kesatuan Pelajar.

Kecemerlangan Rafizi terbukti apabila belumpun diumumkan keputusan SPM,beliau telah mendapat biasiswa daripada Petronas dan Esso dalam Kejuruteraan Elektrik dan Geologi.

Hasilnya,Rafizi menyambung pelajaran dalam A-level di Morrison's Academy,Scotland dan Ijazah dari Leeds University dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

Selain itu,Rafizi juga telah memulakan kariernya di Jeffreys Henry Chartered Accountants, London sebelum bekerja sebagai pengurus di beberapa buah anak syarikat Petronas dan Pharmaniaga Bhd.Untuk rekod, jawatan terakhir Rafizi pada masa sekarang adalah menjadi Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bermula pada tahun 2009.

Dalam bidang politik pula,Rafizi adalah Pengarah Strategik PKR dan Bendahari PKR Negeri Terengganu.Di peringkat cabang pula,Rafizi adalah Ketua Cabang PKR Kemaman.

Oleh itu,pada pandangan penulis adalah wajar sekiranya Rafizi diangkat sebagai calon Pakatan Rakyat di Terengganu dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.Seperti yang diketahui umum,terdapat dua kerusi Parlimen buat PKR di Terengganu iaitu Kemaman dan Dungun.

Secara autoritinya,mungkin Rafizi boleh menjadi calon PKR di Kemaman,namun itu bukanlah jalan selamat buat beliau memandangkan Kemaman adalah antara kubu Umno,malah Bahagian Umno yang mempunyai ahli teramai adalah di Bahagian Kemaman.

Oleh itu,kerusi terbaik buat Rafizi bagi penulis adalah di Parlimen Dungun sekiranya status quo PKR di Dungun masih dipersetujui oleh Pas.Dungun diketahui adalah antara satu kawasan terkuat Pas di Terengganu selepas Marang dan Kuala Terengganu,hampir sama kekuatannya dengan Parlimen Kuala Nerus.

Untuk rekod,dalam Pilihanraya Umum yang lalu,Dungun ditandingi oleh calon luar iaitu Shamsul Iskandar manakala Kemaman ditandingi oleh Cikgu Faris Musa.Ataupun jika Rafizi hendak di bawa ke peringkat negeri pun, kerusi paling selamat buatnya mungkin adalah di Dun Bandar.

Apapun,penulis melihat bahawa kehadiran Rafizi dalam persada politik negara adalah sinar baru untuk politik negeri Terengganu.Sudah tiba masanya Terengganu menerima ahli parlimen yang berfungsi di Dewan Rakyat. 

Setakat dua penggal Umno menguasai banyak Parlimen di Terengganu,ternyata ahli Parlimen Terengganu sekadar menjadi pemenuh korum di Parlimen.Itupun mujurlah ada wakil Marang dan Kuala Terengganu,jika tidak senyap sunyilah suara Terengganu di Parlimen.

Semoga Rafizi Ramli terus cemerlang dalam karier politiknya  kamisokongpas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular