Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 12, 2011

Wajah Sebenar Kemurahan Hati Kerajaan BN: Pelajar TANGGUNG Sendiri Kos Penerbangan Pulang ke Mesir




Mari gelakkan slogan di atas!

Semasa melancarkan Ops Piramid, Kerajaan BN mencanang-canangkan kemurahan hati mereka mengaturkan program membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir. Sepanduk dibawa seolah-olah pelajar-pelajar ini mengucapkan terima kasih kepada PM dan kerajaan, walaupun semua perbelanjaan itu ditanggung oleh duit rakyat. 

Publisiti melampau itu menutup segala kelemahan dan kelewatan kerajaan mengambil tindakan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir. Selepas digesa dan ibu bapa merayu di akhbar, barulah tindakan membawa pulang rakyat Malaysia di luar negara di jalankan.
 
Hari ini seperti yang diberitakan Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay memaklumkan bahawa pelajar yang ingin kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian perlu bersedia menanggung sendiri kos tiket penerbangan tanpa diskaun. Sudahlah perlu membeli tiket sendiri, tidak pula diberi sebarang diskaun.

Menurut A. Kohilan Pillay berkata, perkara itu adalah amalan biasa termasuk ketika melibatkan pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Padang dan Solo, Indonesia akibat letusan gunung berapi baru-baru ini.

“Kerajaan hanya menanggung kos perjalanan pada waktu kecemasan sahaja.

“Kita tidak pernah bincang untuk memberikan diskaun dan sebagainya. Tetapi jika ada syarikat penerbangan yang hendak bagi diskaun, itu terserah pada budi bicara mereka,” jelasnya.

Saya mahu ungkit sedikit, kerajaan sanggup memberikan subsidi RM15 bilion kepada syarikat IPP, menangung kos Rosmah ke luar negara, menanggung kos ahli perniagaan setiap kali PM atau menteri ke luar negara, namun tidak sanggup membelanjakan DUIT RAKYAT yang diamanahkan kepada mereka untuk membantu pelajar-pelajar yang masih lagi trauma dengan situasi di Mesir. Kalau mahu tulis panjang lagi...saya berhenti di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular