Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 12, 2011

"KITA" nak bertanding!!!

Zaid Rancang Bertanding Kerusi Parlimen Di Kawasan Petaling Jaya


PETALING JAYA: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim mungkin bertanding kerusi parlimen dalam salah satu kawasan di Petaling Jaya pada pilihan raya umum akan datang dan berharap pengundi bandar akan memberi peluang kepadanya untuk bersuara di parlimen.
“Saya mungkin akan bertanding di kawasan Petaling Jaya dan saya berpendapat saya mempunyai peluang di kawasan bandar walaupun pilihan raya umum akan datang tidak mungkin menyaksikan tsunami politik seperti tahun 2008," katanya.
Zaid berkata, dia lebih gemar bertanding menentang PKR memandangkan parti itu sekarang sedang berada dalam keadaan kucar-kacir.
“Bagaimanapun kita tidak mensasarkan semua kerusi yang ditandingi oleh PKR," katanya lagi.
Kita juga, kata Zaid dalam proses mengenalpasti lain-lain kerusi yang 'mampu dimenangi' di Selangor, Wilayah Persekutuan and Perak.
Zaid berkata, Kita akan turut bertanding di Sabah dan Sarawak dengan kerusi yang sedikit disebabkan kekangan kewangan.
“Bagaimanapun, kami akan bekerjasama dengan United Borneo Front dan lain-lain parti bebas," ujarnya.
Dia juga mengulangi yang Kita tidak akan bersepakat sama ada dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.
“Kami akan bergerak sebagai satu parti bebas. Selepas pilihan raya umum, kami sentiasa membuka opsyen kami untuk kepentingan rakyat,'' katanya.
Dia menambah Kita akan bertanding pada kerusi parlimen dan negeri berdasarkan nisbah 1:4.
“Misalnya, jika kami bertanding lima kerusi parlimen, calon-calon kita juga akan bertanding 20 kerusi negeri,'' katanya.
Kita (Kesejahteraan Insan Tanah Air) dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).
Zaid telah dipilih sebagai ketua Akim yang baru ketika mesyuarat agung parti pada 15 Disember lalu tetapi telah dinamakan semula sebagai satu parti politik pelbagai kaum.
Pendaftar pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pertukaran yang dicadangkan bagi nama parti dan perlembagaan tetapi Zaid yakin akan mendapatkan kelulusan menjelang bulan depan.
Kata Zaid, sebaik sahaja mendapat kelulusan ROS, Kita akan mengadakan 'roadshow' di bandar kecil dan besar untuk mempromosikan parti itu dan logonya. http://bit.ly/gRgNLN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular