Saudara Pengarang,
KAMI minta ehsan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat agen ‘Carlberg’ di Kota Kinabalu yang dimiliki oleh seorang wanita bernama Kelly dan lebih dikenali sebagai Tauke Niu.
Maklumat yang kami terima, syarikat tersebut ada seorang lagi lelaki rakan kongsi yang benama Mr Wong; seorang kontraktor yang menjalankan pelbagai projek kerajaan. Kini Tauke Niu mengadakan usaha sama (Jv) dengan seorang lelaki bernama Ah Ling yang juga lebih dikenali sebagai 'Tuapui Ling' atau 'Gemuk' yang pernah dibuang daerah ke Sandakan oleh pihak polis.
Melalui Sabahkini.net, kami meminta ehsan SPRM Sabah agar menyiasat kenapa Unit Pencegahan Kastam membuat pemeriksaan di kedai kopi di seluruh Kota Kinabalu bertanya dengan tauke kedai siapa yang bekal minuman Carlsberg?
Kalau bukan dari syarikat Tauke Niu, semua bir terus diangkat dari premis ke pejabat kastam dan kalau tauke kedai kata dibeli dgn syarikat Tauke Niu terus pegawai pencegah edar dari lokasi tanpa menjalankan sebarang siasatan.
Inilah kehebatan Tauke Niu sehingga Kastam Raja Di Malaysia pula bekerja dengan syarikat tersebut sebagai ‘promoter’, ‘perampas’ dan ‘penguatkuasa’ sekaligus. Kami difahamkan syarikat tersebut telah membayar RM20,000 sebulan untuk pegawai kastam Sabah tidak termasuk pegawai atasan Di Ibu Pejabat Kastam.
Cuba SPRM ke Kopitiam di yang bersebelahan bekas Pawagam Cathay Kota Kinabalu yang ada menjual satay. Tanya harga sebotol bir yang dijual di kedai kopi tersebut, bukankah sebotol tidak lebih dari RM8.00? Kalau bir dibayar cukai, kedai harus jual berapa dan harga di 7 eleven berapa?
Sepatutnya SPRM tanya Kastam kerana mereka lebih pakar? Logikkah RM11 boleh dapat 3 tin carlsberg? Semua draf bir tiger dan carlsberg yang dijual di hotel 5 bintang, kelab malam atau karaoke di Kota Kinabalu, 90 peratus daripadanya tidak membayar cukai.
Untuk makluman SPRM, kegiatan ini telah dijalankan oleh syarikat tersebut di atas dan sebuah lagi syarikat yang membekal Tiger bir draf yang dimiliki oleh Steven Voo, bekas Area Manager Guiness Anchor sejak bertahun di seluruh Sabah tanpa dikesan oleh pihak berkuasa.
Jika tidak percaya, cuba SPRM periksa berapa biji tong draf yang diimport terus oleh Carlsberg Marketing Kota Kinabalu dan Harrison Trading Kota Kinabalu dan berapa tong kosong yang dikirim balik ke kilang di Kuala Lumpur oleh dua syarikat tersebut untuk diisi semula?
Contohnya, Tong bir draf diimport masuk 200 tong bayar cukai dan kirim balik ke kilang 1,000 biji. Dari mana lebih tong bir draf masuk ke Kota Kinabalu tidak termasuk daerah lain?
Untuk maklumat bir draf tidak ada tanda ‘MDNP’ dilekat di tong dan ini hanya bif draf hanya jaul di kelab, karaoke high class dan hotel lima bintang. Kalau kes macam ini pun kastam dan SPRM tidak pandai siasat, bererti betul dan tepat dakwaan orang ramai bahawa Pegawai Kastam, terutama Ketua Pengarah Kastam ‘makan rasuah’ daripada sindiket dan SPRM turut bersubahat?
Tanpa mengambil gaji daripada kerajaanpun mereka yang menerima rasuah ini boleh hidup mewah tetapi yang kami kesal ialah mereka terima gaji daripada kerajaan dan dalam masa yang sama termasuk dalam payroll sindiket.
Maklumat yang kami salurkan melalui Sabahkini.net hanya 10 peratus sahaja tidak termasuk kes kereta dan diesel bersubsidi.
Kami juga merayu agar Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) memantau Pelabuhan Sepanggar di Kota Kinabalu kerana ada kontena bir ditarik keluar dari pelabuhan yang dideklarasi sebagai barang tidak bercukai.
APMM juga sewajarnya memantau ‘supply boat’ Shell dan Petronas yang menjual minyak bersubsidi kepada sindiket di perairan Labuan.
Sekian dan Salam Hormat.