Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 11, 2011

Tuan Ibrahim Pengarah PRK Merlimau


Lajnah Politik PAS Pusat melantik Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau, Melaka 6 Mac depan.



Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, akan mengadakan mesyuarat pertama jentera PAS bagi PRK berkenaan akan diadakan di Merlimau hari ini.


Pilihan raya ini merupakan PRK ke 16 sejak pilihan raya umum (PRU) Mac 2008 dan dijangka PRK terakhir sebelum penggal tiga tahun tamat Mac ini.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) telah memutuskan calon PAS yang akan membawa cabaran bagi merampas kerusi BN itu.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, Mohamad Hidhir mengalahkan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154, iaitu pengurangan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian BN sebelumnya.

Bagi PRK Merlimau, terdapat 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

Daripada jumlah tersebut,seramai 64.69% pengundi adalah berbangsa Melayu,21.11% Cina,14.16% India dan baki 0.04% pengundi lain-lain kaum. Selamatkan Pahang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular