Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 11, 2011

Nurul Izzah: Datuk Bandar KL wajib dipilih menerusi pilihan raya


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, pengisian jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur wajib dipilih menerusi pilihan raya.

Menurut beliau, sistem pengundian tersebut adalah relevan bagi membolehkan datuk bandar yang dilantik itu membentangkan laporan audit belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Parlimen.
“Keperluan untuk melapor audit belanjawan DBKL ke Parlimen dilakukan agar warga Kuala Lumpur dapat mengetahui bagaimana dana bandaraya mereka dibelanjakan,” kata Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Beliau menjelaskan demikian pada sidang media di kawasan berhampiran fasa pertama projek jejantas pejalan kaki yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan Hotel Impiana, Jalan Pinang dekat sini pagi tadi.  
Nurul Izzah juga mempersoalkan adakah pembinaan jejantas sepanjang 142 meter yang menelan belanja sebanyak RM10 juta itu dijalankan menerusi sistem tender terbuka.  
“Apakah kos penyelenggaraan dan pengendalian terbabit akan meningkat di masa hadapan?
“Oleh kerana projek ini membabitkan syarikat GLC (syarikat berkaitan kerajaan) seperti Petronas, KLCC Holdings dan Prasarana, adakah ia dilakukan melalui proses tender terbuka?
“Apakah tiada pilihan yang lebih murah?” soal Izzah.
Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun dan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Rozan Asen Mat Rasip.  
Kelmarin, Izzah mahu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail memberi penjelasan berhubung kos pembinaan jejantas itu.
Menurut Izzah, secara purata RM70,422 digunakan untuk membina semeter jejantas. Beliau turut menuntut penjelaskan sama ada projek itu dilaksanakan melalui tender terbuka ataupun tidak dan berapa banyak wang awam digunakan. http://fun.ly/9x83
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular