Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 12, 2011

SOALAN PERSIDANGAN PARLIMEN 2:

SOALAN PERSIDANGAN PARLIMEN SESSI MULAI 7/03/2011
OLEH YB TUAN NGA KOR MING-KAW TAIPING (P60)
SOALAN LISAN


MINTA YB MENTERI KEWANGAN menyatakan satu per satu jumlah nilai kontrak dan butir-butir terperinci yang dianugerahkan kepada syarikat BLT untuk pembinaan 74 balai Polis Diraja Malaysia(PDRM) serta komposisi kaum kontraktor yang diberi kontrak.



SOALAN PERSIDANGAN PARLIMEN SESSI MULAI 7/03/2011
OLEH YB TUAN NGA KOR MING-KAW TAIPING (P60)
SOALAN LISAN
1.         MINTA YAB PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci jumlah perbelanjaan yang terlibat dalam penganjuran First ladies summit di Malaysia pada tahun 2010 dan apakah prestasi pencapaiannya?
2.         MINTA YB MENTERI KEWANGAN menyatakan satu per satu jumlah nilai kontrak dan butir-butir terperinci yang dianugerahkan kepada syarikat BLT untuk pembinaan 74 balai Polis Diraja Malaysia(PDRM) serta komposisi kaum kontraktor yang diberi kontrak.
3.         MINTA YB MENTERI PELAJARAN menyatakan rasional dan samada ada langkah-langkah positif memansuhkan surat perkeliling iktihsas kementerian tahun 1989 melarang pertukaran murid-murid dari Sekolah Kebangsaan(SK) ke Sekolah Jenis Kebangsaan(SJK) sedangkan kedua-dua aliran sekolah adalah sekolah kerajaan.
4.         MINTA YB MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI menyatakan secara terperinci apakah rancangan jangka masa pendek serta jangka masa panjang  bersama jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak demi mengatasi masalah BANJIR serius yang kini sering berlaku di kawasan Taiping, Larut matang dan Selama?
5. MINTA YB MENTERI PERTANAHAN menyatakan secara terperinci rancangan kerajaan membelanja RM6 billion untuk membeli 6 Offshore Patrol Vessels(OPVs) dan samada tender antarabangsa pernah dilaksanakan sebelum kontrak dianugerahkan kepada Boustead Shipping Dockyard.
6.         MINTA YB MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN  INDUSTRI menyatakan jumlah Pelaburan Asing(Foreign Direct Investment) yang mengalir masuk ke Malaysia mengikut tahun dari 1990 hingga 2010 dan apakah rancangan kerajaan untuk mengekalkan pelaburan Asing yang sedia ada .
7. MINTA YB MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah rancangan segera untuk menyelamatkan 268 buah sekolah rendah jenis kebangasaan, SJK seluruh Negara yang kini berada dalam keadaan usang dan menghadapi risiko keruntuhan bangunan sekolah?
8.         MINTA YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI apakah rancangan terperinci & pencapaian kerajaan untuk memastikan  Malaysia mempunyai bekalan beras dan makanan lain yang mencukupi untuk keperluan rakyat & pasaran tempatan supaya tanahair kita tidak perlu bergantung kepada Negara sing untuk pembekalan makanan.
9.         MINTA YAB PERDANA MENTERI senaraikan jumlah kos perbelanjaan secara terperinci termasuk perlantikan consultant yang terlibat untuk mempromosikan kempen “1 MALAYSIA.”
10.       MINTA YAB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kos perbelanjaan yang perlu untuk First lady Division dan perlantikan pegawai-pegawai penyelaras kawasan pilihanraya masing-masing di Jabatan Perdana Menteri.


Soalan ini disediakan oleh Pejabat Ahli Parlimen Taiping.
YB Tuan Nga Kor Ming
Tel : 05-2432445/6  Fax : 05-2432443
7/2/11
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular