Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 11, 2011

Lukisan bogel dibayar RM124 juta?



LONDON--Sebuah lukisan dari maestro Pablo Picasso terjual dalam lelongan di Pusat Lelongan Sotheby's, Rabu. Lukisan perempuan ini terjual dengan harga yang menakjubkan USD 40,7 juta (RM 124j) Lukisan berjudul La Lecture itu terjual pada seseorang yang tidak ingin identitinya diketahui. 

Orang ini langsung menutup lelongan lukisan itu hanya dalam waktu enam minit setelah lelongan dibuka. Picasso melukis karyanya ini di Paris.

Ia dikatakan mendapat insiprasi lukisan dari pasangan gelapnya Marie-Therese Walter, yang ketika itu berusia 17 tahun dan Picasso berusia 45 tahun.
 Keduanya mempunyai anak gelap bernama Maya. Istri Picasso baru mengetahui kalau suaminya main gila dengan perempuan lain saat melihat ekspreasi lukisan Picasso, dan menuntut cerai. Picasso juga melukis kekasih gelapnya itu dalam sejumlah lukisan lain seperti La Reve, Nude, Green Leaves, dan Bust, semuanya dilukis pada 1932.

Yang mengherankan, apakah lukisan seperti itu sanggup dibeli dengan harga 124j ringgit? Mungkin kita dikatakan buta seni. Tak tahu menilai hasil seni. Tetapi kekadang dunia ini ramai yang gila. Harta melimpah ruah sehingga tidak ketahuan bagaimana untuk diuruskan sebaiknya.

Ye lahh… mereka bukannya tahu dosa pahala. Mereka bukannya tahu erti kehidupan akhirat. Mereka gunakan apa yang ada ditangan mereka menurut kehendak hawa nafsu mereka. Kalau digunakan membantu golngan miskin untuk membuat rumah bernilai 30K… seramai 4 ribu seratus orang akan memiliki tempat berteduh.

Atau kalau tak tahu nak guna. Beri sahaja kat PR untuk tumbangkan UMNO-BN. nescaya banyak kebajikan untuk rakyat Malaysia akan dikecapi. Mungkin itu orang bukan Islam. Bagaimana pula dengan yang mengaku Islam. Bangsa melayu dari Negara terkaya didunia ni

MANHATTAN - Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghalang juri daripada melihat empat buah patung yang menunjukkannya sedang bersetubuh, lapor akhbar New York Post semalam. Permintaan itu disampaikan oleh pasukan peguam Putera Jefri menjelang satu kes sivil terhadap dua bekas peguamnya, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman. Semua patung erotik tersebut disimpan di rumah mewah berharga AS$11 juta (RM33.9 juta) milik putera itu di sini, New York, Amerika Syarikat.

Menurut Mark Cymrot yang mewakili Derbyshire dan Faith patung-patung tersebut diukir oleh seorang artis terkenal, J. Seward Johnson. Sebuah patung tersebut katanya, menggambarkan Putera Jefri manakala sebuah patung lagi menggambarkan seorang tunangnya. Dua patung yang lain menunjukkan mereka sedang melakukan hubungan seks.

Orang kaya yang tidurnya atas tilam duit. Sudah tidak tahu nilai serta harga pinjaman harta diatas mukabumi ini. semoga Allah menjauhkan mereka yang beriman daripada fitnah ini. Apatah lagi untuk digunakan fi sabilillah. Itu merupakan harta mereka.. apa peduli dia kepada orang lain... Mereka akan tahu nilainya apabila malaikat al-maut datang menyapa mereka...  ustsaifulbahri.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular