Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 11, 2011

Najib Ugut Peniaga????




SHAH ALAM 11 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus menghormati hak demokrasi masyarakat termasuk peniaga untuk menyokong mana-mana parti tanpa sebarang bentuk tekanan atau ugutan dari pemerintah.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata Najib seolah-olah lupa prinsip asas itu apabila menggugut komuniti perniagaan bahawa masa depan mereka akan terjejas jika menyokong Pakatan Rakyat.

"Saya rasa Perdana Menteri langsung tidak faham apa yang dikatakan konsep demokrasi.

"Setiap rakyat termasuk perniaga mempunyai pilihan untuk memilih parti yang mampu membangunkan dan memenuhi hak rakyat, dan saya rasa nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri itu tidak baik untuk negara kita," katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Meskipun Najib tidak menyebut pihak yang dimaksudkannya itu tetapi kenyataan secara tidak langsung adalah untuk menggesa ahli perniagaan tidak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Najib mengeluarkan kenyataan demikian pada majlis rumah terbuka tahun baru Cina anjuran Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (SMI) Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Way di Petaling Jaya.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata rakyat hari ini sudah celik demokrasi dan akan mengunakan hak mereka untuk memilih parti yang dirasakan terjamin untuk berkerjasama.

Tony menjelaskan Najib tidak harus menakut-nakutkan masyarakat perniaga sekaligus ingin mereka terus terikat dengan Barisan Nasional.

"Beliau sudah tahu, pihak perniaga telah faham apa itu demokrasi dan beliau jelas mengunakan taktik untuk menakut-nakutkan para perniaga untuk terus menyokong Barisan nasional," jelasanya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular