Bila Umno tak boleh bezakan asset dengan liabiliti...
Tadi malam saperti yang aku tulis sebelum ini berlangsung satu program ceramah oleh YB Zul Kulim di Bkt Antarabangsa ini.Program yang sepatutnya mengupas isu isu semasa menjadi pentas Zul Nordin membelasah dan menelanjangkan BOSS lama dia Anwar Ibrahim.Hampir 2 jam dia menggunakan pentas ceramah ini menelanjangkan Anwar yang 12 tahun menjadi idolanya sebelum bertindak keluar dari PKR.
Tadi malam saperti yang aku tulis sebelum ini berlangsung satu program ceramah oleh YB Zul Kulim di Bkt Antarabangsa ini.Program yang sepatutnya mengupas isu isu semasa menjadi pentas Zul Nordin membelasah dan menelanjangkan BOSS lama dia Anwar Ibrahim.Hampir 2 jam dia menggunakan pentas ceramah ini menelanjangkan Anwar yang 12 tahun menjadi idolanya sebelum bertindak keluar dari PKR.
Diterangkan juga dipentas ini sebab dan alasan dia meninggalkan Anwar setelah 12 tahun dilembukan oleh Ketua Umum PKR ini.Saperti juga Ezam Mohd Nor payah juga aku nak telan alasan Zul Nordin ini kerana bunyi dan rupa alasan nya "macam plastik" dan tak berapa jujur pada pengamatan aku.Diperjelaskan juga sebab sebab kenapa dia sanggup DI LEMBUKAN oleh Anwar selama 12 tahun dan disini aku nampak kesilapan yang dilakukan Zul Nordin bila alasan nya KERANA JANJI JANJI ANWAR yang berkait rapat dengan PANGKAT dan KEDUDUKAN jika berjaya menawan Putrajaya.Itu pengakuan dia sendiri dihadapan lebih kurang 400 hadhirin malam tadi.
Pada aku penjelasan nya malam tadi sudah cukup untuk aku menilai keperibadian Zul Nordin dan mungkin agak jelas matlamat keberadaan nya disebelah sini hari ini.Sebelum ini aku tidak pernah mendengar ceramahnya secara terus begini kecuali video yang berlambak lambak di Youtube.
Berbalik pada ceramah tadi ianya tidak lebih hanyalah pentas membalun Anwar dan cuba menonjolkan dirinya sendiri..itu yang aku nampak.Tanpa mahu mengambil kira sentimen penduduk setempat yang terdiri dari masyarakat kelas pertengahan bercampur mewah,apa yang dilakukan Zul Nordin malam tadi adalah "AN INSULT TO OUR INTELIGENCE".Cara berceramah Zul malam ini hanya layak dilakukan di tanah tanah rancangan Felda dan kampung kampung yang audience nya 100% orang Melayu.
Zul Nordin langsung tidak mengambil kira sentimen kaum lain bila bercakap pasal agama dan bangsa.Dalam cuba menonjolkan dirinya sebagai "pejuang agama dan bangsa" dia lupa masyarakat majmuk yang mendiami Bukit Antarabangsa ini.Aku yang tidak berpeluang menegurnya dalam sesi soal jawap,akhirya diberikan peluang menyatakan ketidak selesaan aku dengan cara berceramahnya secara peribadi.Agak memeranjatkan jawapan yang aku dapat dari Zul Nordin bila dia berkata,itulah cara dia berceramah walaupun didepan majoriti kaum Cina.
Kecuali hadhirin yang duduk dibawah kemah yang tidak berpeluang aku tanyakan reaksi mereka,rata rata yang mendengar ceramah dari dua restoran disini MENGUTUK dan merasa KURANG SENANG dengan cara Zul Nordin berceramah.Atas matlamat apa pihak penganjur membawa Zul Nordin untuk berceramah malam ini aku pun kurang pasti,tapi yang PASTI ianya tidak langsung membantu BN/Umno disini menambah populariti bahkan lebih MEROSAKAN keadaan.Itu hakikatnya!
Kalau pihak penganjur atau pemimpin Umno Bahagian nak syok sendiri dengan ceramah Zul Nordin malam tadi itu korang punya pasal,tapi pada aku ianya BACKFIRE terhadap usaha memulihkan kembali imej Umno/BN yang dilakukan selama ini oleh pemimpin pemimpin Umno tempatan.Ini lah MASAALAH BESAR UMNO diperingkat pusat bila ghairah melayan spesis X-PKR ini saperti HERO dan tidak dapat membezakan adakah mereka ini ASSET atau LIABILITI kepada Umno.
Orang orang saperti Ezam Mohd Nor,Zul Nordin,Gobalakrishnan,Zahrain dan ramai lagi yang sewaktu dengan mereka akan menjadi SENJATA MAKAN TUAN bila keadaan ditakdirkan tidak berpihak kepada Umno/BN suatu hari nanti.Kenapa aku berkata begini?
SEBAB SEJARAH KEBERADAAN MEREKA SENDIRI TELAH MEMBUKTIKAN...Dari Blogger UMNO Aku Peduli Apa