Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, December 4, 2011

Arahan Rasmi Sebar Fitnah Dari Buku Sulit umno

“Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang.”

Begitulah kata Najib Razak yang menegaskan adalah “amat penting” bagi Umno dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang.

Dengan kata-kata itulah, maka Umno amat terdesak sekarang ini mengaut undi dengan “apa- carasekalipun”.

Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu, menyebarkan fitnah dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu serta menggunakan ugutan, dengan tujuan untuk mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit.

Terbaru, Buku Panduan Pilihanraya Umum yang ‘Sulit’ telah dikeluarkan oleh Umno secara rasminya kepada jentera pilihanraya mereka. Dalam kandungan buku tersebut, diberikan arahan rasmi supaya menyebarkan fitnah seberapa banyak yang boleh untuk menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu.

Pendedahan ini dibuat semasa Kongres Tahunan Keadilan baru-baru ini, dimana Dato’Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara ini. Beliau menyatakan buku panduan tersebut telah diterima dari seorang ahli Umno,yang menyokong kita.
Ahli Umno tersebut menyatakan ramai lagi ahli Umno yang sudah muak dan benci dengan Umno,tetapi terpaksa menunjukkan sokongan atas sebab-sebab tertentu.

Menurut Anwar Ibrahim lagi, buat sekarang ini buku panduan tersebut telahdiserahkan kepada YB Azmin Ali untuk tindakan selanjutnya.

Inilah bukti bahawa Umno akan membuat apa sahaja terutamanya pembunuhan karektor Anwar Ibrahim dan melagakan antara parti-parti Pakatan Rakyat.

Umno silap… Rakyat bijak menilai…. / Reformis Anak Muda

Bukti Najib Altantuya Rancang Pilihanraya Paling Kotor Dalam Sejarah

Datuk Seri Najib Razak mahu Umno mengutamakan perpaduan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang presiden parti itu melihat sebagai “sesuatu yang luar biasa” bagi perikatan yang mengepalai kerajaan pusat.

Najib yang juga Perdana Menteri mengarahkan pemimpin-pemimpin kanan parti pada satu taklimat di sini agar tidak memandang mudah atau mengambil ringan pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu katanya, pemimpin-pemimpin parti seharusnya bertindak agak luar biasa kali ini.

“Beliau telah meminta pemimpin-pemimpin peringkat bahagian dan akar umbi agar bekerja luar biasa sebab pilihan raya ini adalah sesuatu yang luar biasa... banyak cabaran dan beliau mahu kami utamakan perpaduan,” kata Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata demikian pada sidang media bersama dua rakan sejawatannya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal selepas taklimat presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 yang lalu.

Beliau menambah bahawa Najib juga telah mengarahkan pemimpin-pemimpin Umno agar menyelesaikan kesemua konflik dalaman bagi memastikan bahawa tiada sabotaj atau unsur menikam dari belakang apabila tibanya pilihan raya.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, mesej itu dikeluarkan di sebalik peringatan berkali-kali daripada Najib bahawa hanya calon-calon yang boleh menang akan mewakili Barisan Nasional (BN).

“Konflik mesti diselesaikan bagi memastikan kejayaan kita sama ada kerusi peringkat kerusi ataupun parlimen,” kata beliau.

“Hanya ada satu pasukan iaitu Pasukan Umno,” kata Zahid.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, BN meletakkan sasaran untuk menawan balik empat negeri dikuasai Pakatan Rakyat sekarang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular