Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, December 4, 2011

Apake Benda Winnable tu?

Hari ini Umno masih terkial-kial untuk mempertahankan survival politik mereka. Sebelum ini apa mereka peduli. Bagi mereka buat macamana pun Umno akan menang besar. Bagi mereka kritikan atas gejala kezaliman pimpinan Umno maupun rasuah, salah-guna kuasa, penyelewengan… tidak dipedulikan. Bagi mereka tak menjadi kudis gatal kepada Umno. Mereka selesa dengan undi cina dan india apatah lagi undi orang melayu.

Hari ini, menyorot kepada perhimpunan agung Umno di PWTC… seolah-olah mereka berada ditahap sakarat al-maut. Mungkin ajal bagi Umno semakin hampir. Dua tiga bulan ini, akan lebih bercelaru. Orang takut nak mati, macam banduan tunggu tarikh nak dihukum gantunglah tu. Apatah lagi, sudah lama parti-parti politik teman rapat yang seusia mereka dinegara-negara jiran telah berkubur. Indonesia, Filipina, Thailand. Apatah lagi kini dengan perkembangan Arab spring yang telah menobatkan Parti & gerakan Islam mula diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan negara.

Zaman dunia tanpa sempadan ini, pastinya era perubahan dan kebangkitan politik baru ini pasti menerjah ke dunia politik negara kita. Inilah yang paling membimbangkan Umno. Tiupan perubahan masyarakat bandar yang semakin meluat dengan politik Umno samada dikalangan melayu atau bukan melayu khususnya dikalangan anak muda yang kini memiliki kuasa undi hampir 60% pastinya tidak termakan lagi dengan politik zaman Jepun iaitu politik mengugut rakyat jika pembangkang memerintah takde beras & politik ubi kayu. Politik air, jalanraya & api elektrik sudah ketinggalan zaman. Khurafat bahawa hanya Umno sahaja yang tau memerintah sudah mula larut.

Arus perubahan yang bertiup melalui alam maya nampaknya semakin bergerak deras. Ini disedari oleh pemimpin Umno yang mencuba segenap kudrat untuk memanjangnya tempoh keramat parti mereka itu. Hari ini mereka membuat pelbagai tranformasi kononnya untuk menunjukkan bahawa merekalah hero rakyat. Baru kini mereka dapat merasa langit tinggi ke rendah setelah hilang kuasa 2/3 di parlimen maupun 4 negeri ketangan PR.

Baru kini mereka mengajak rakyat berjihad. Sama macam bahasa Saddam Hussain dan Muammar ghadafi sebelum mereka tumbang. Hari ini mereka kenal apa itu jihad. Apa itu perpaduan. Apa itu bai’ah. Kini istilah Islam itu menjadi ratib buat perwakilan maupun pimpinan Umno. Kalau dahulu ianya perkataan sindiran tapi kini dah bertobat. Selama ini yang menjadi zikir kepada mereka adalah kuasa, harta, wanita.

Tapi hakikatnya kini… benarlah cakap Mahathir. Bahawa Umno kini sudah rosak sampai ke usus. Bau busuk serta hapak Umno itu sudah gagal ditutup. Diburukkan lagi dengan lapuran audit negara baru-baru ini khususnya bau busuk tahi lembu Shahrizat pula.

Untuk menghadapi Pru 13 nanti, apakah mampu Umno menyediakan calon yang mempunyai capable, acceptable & winnable. Sebuah parti enjit-enjit semut. Siapa sakit naik atas. Yakni dari atas sehingga ke bawah memang berpenyakit. Yang paling menyenakkan Umno nanti adalah pemilihan calon Umno yang dikatakan calon bakal menang. Apakah calon yang terpilih itu akan menang? Dan apakah calon yang tersingkir itu tidak boleh menang?

Pada satu sidang media, ketiga-tiga naib presiden Umno berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang.

Kalau naib Presiden pun boleh berundur dan bersifat tawadhu’ kononnya… memberi laluan kepada orang lain… habis… Sudah tobat ke pimpinan Umno? Sudah tiada lagi ke politik cantas mencatas. Atau seperti biasa, bahasa orang politik. Sebenarnya siapakah yang tentukan winable ke tak tu?

Dengan keadaan sekarang… Apakah calon Umno kini belum yakin untuk menang. Kalau naib Presiden menawarkan untuk berundur, nescaya Presiden adalah lebih aula. Mungkin Hajah Rosmah lebih bercirikan winnable jika diletakkan calon di Pekan atau mengantikan KJ di Rembau.

Bagaimana pula hasrat Datuk Idris Jusoh yang menawarkan diri untuk tidak bertanding? Memanglah kalau dikira buat apa lagi bertanding sebagai Adun. Bukan boleh jadi MB pun. Dah memang takdir macam tu.Sememangnya beliau tidak akan lepas pagar istana. Takkan nak jadi Adun biasa. Tetapi mungkin parlimen dan agaknya Datuk Dr. Abdullah Mat Zain bukan winnable candidate lagi. Kalau parlimen pun tidak… apakah ini bermakna bahawa calon Umno bakal kalah di Terengganu? Terlalu banyak team yang timbul kini. Terlalu ramai nama yang digossipkan untuk menjadi bakal MB mengantikan Mat Said. Bagaimana pula dengan Mat Said sendiri and the gengs? Mereka tu calon winnable ke? Sekali lagi… Adakah Datuk Mat Said boleh tentukan siapa winnable candidate?

Inilah yang menjadi fobia kini dikalangan bakal-bakal calon Umno. Perkataan Winnable candidate kini menjadi bualan dikalangan Umno. Kalau dulu team wawasan. Ada wawasan boleh jadi calon. Sehingga berkata Tun Ghaffar Baba yang kalah kepada team wawasan.. hanya orang mati aje yang takdak wawasan.

Kini winnable pulak datang melanda. Chua soi Lek & Shahrizat takkan tan winnable. Ish. Umno boleh menang ke? - ustsaifulbahri.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular