Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, December 4, 2011

Melaka : Duit bantuan FAKIR MISKIN kena 'PAU'?


Beberapa penduduk di negeri ini mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Melaka yang memotong bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM10 kepada setiap penerima.

Seorang peniaga, Badadin Abdullah 23 dari Taman Desa Baru berkata tindakan kerajaan ini memang zalim kerana memotong bantuan tersebut tanpa persetujuan penerimanya.

Beliau mempersoalkan tindakan yang dibuat kerana RM10 adalah besar nilainya kepada seorang fakir miskin.

"Duit fakir miskin pun dia orang nak pau" ujar Badadin.

Beliau menggesa kerajaan negeri supaya menggantikan semula wang yang di'kebas' dari fakir miskin tersebut demi keadilan kepada penerima bantuan tersebut.

Badadin berkata demikian ketika di minta mengulas kenyataan DAP Melaka yang menyatakan bahawa pemotongan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM10 setiap bulan bagi penerima bantuan untuk dilaburkan ke dalam Koperasi Bela Masyarakat (Kobemas) sebagai tidak wajar serta menyusahkan rakyat.

Adun DAP dari Bachang, Lim Jak Wong berkata, sekiranya benar-benar mahu membantu rakyat, kerajaan negeri tidak sepatutnya membuat pemotongan itu sebaliknya pihak terbabitlah yang seharusnya menambah jumlah berkenaan menerusi peruntukan negeri.

Katanya, biarpun jumlah RM10 dianggap kecil namun bagi penerima bantuan yang serba kekurangan jumlah tersebut ternyata begitu bernilai.

"Kami mahu kerajaan kaji semula tindakan itu dan sepatutnya sebagai sebuah negeri yang maju kerajaan negerilah yang seharusnya menambah lagi RM10 setiap penerima bantuan bagi tujuan itu.

"Dengan menyumbang RM10, kami tidak nampak bilakah para penerima bantuan ini akan merasai nikmat keuntungan yang telah mereka sumbang atau laburkan.

"Apatah lagi sekiranya penerima terbabit sudah meninggal dunia, sudah pasti mereka tidak akan merasai faedah itu," katanya.

Gambar di atas sekadar hiasan.
Sumber : Malaysiakini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular