Grab the widget  IWeb Gator

Monday, December 5, 2011

'jihad' orang agama Umno?

Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin hari ini mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

Bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal (kanan) berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

Bagi aku ini adalah antara contoh wajah orang agama yang paling tak guna yang wujud di bumi Malaysia ini yang hanya ramai terdapat dalam parti Umno. Aku katakan tak guna, kerana hujah-hujah mereka dihadapan MCA tidak langsung membantu MCA memahami hudud yang sebenar. Sebagai balaci pemimpin, orang agama seperti ini hanya menjadi alat untuk mengkritik usaha ikhlas PAS dalam memahamkan hudud kepada rakytat Malaysia. Kritik jangan tak kritik! Asal kritik okay! Sungguh sedih mempunyai orang-orang a gama seperti mereka ini.

Jika inilah wajah orang agama yang ada dalam umno, sampai kiamat pun, bukan sahaja orang MCA tak faham hudud malah juga mungkin orang-orang umno sendiri yang mengaku mahu berjihad di jalan Allah dalam apa yang dipanggil bai’ah mereka kelmarin. Kalau hudud yang dipaparkan oleh PAS dituduh sebagai hudud PAS, maka mereka yang mahu berjihad melalui Umno itu perlulah tunjukkan hudud Islam yang sebenar! Jika hudud yang dikatakan hudud PAS mereka kecam tanpa tunjukkan hudud yang sebenar, berjihad apa namanya ini? Berjihad taik kucing! Atau sebenarnya orang-orang agama Umno ini menghina Islam dihadapan MCA? Cerdikkah orang-orang agama Umno seperti ini, PAS yang mahu dikutuk, disedari atau tidak, Islam yang mulia dan hukumnya diperlekeh dan dihina dihadapan bukan Islam?

Ahli-ahli Umno yang diminta menjadi orang Umno oleh Najib, harus malu dengan perangai para pemimpin dan orang-orang agama Umno yang seperti ini! Bertindaklah sebelum terheret dalam kesesatan! Baca: sini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular