Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, March 19, 2011

DJ Radio Free Sarawak ‘muncul’ dalam forum tanah adat di KL

KUALA LUMPUR: Forum Tanah, Adat dan Pilihan raya di sini, malam tadi, menerima ‘kunjungan’  penyampai (DJ) stesen radio bebas, Radio Free Sarawak, Peter John Jaban yang berucap secara langsung dari London.


Mark Bujang, Abun Sui, Minggat dan Nicholas Mujah sebagai panelis forum
Beliau berkata, pendedahan yang dilakukannya menerusi laman web Sarawakreport.org dan Sarawakupdate, bukan pembohongan sebaliknya berasaskan data yang dikutipnya dari sumber rasmi kerajaan negeri itu.
Lebih popular dengan nama Apai Orang Utan, beliau mendakwa memindahkan semua data berkaitan tanah rakyat di Bumi Kenyalang itu dari Jabatan Tanah dan Survey (JTS) ketika beliau bertugas di situ
“Sebelum meletak jawatan, saya sempat ‘curi’ semua data dan penyelewengan tanah di Sarawak,” katanya pada forum bertajuk ‘Tanah, Adat dan Pilihan Raya  di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), malam tadi.
Forum berkenaan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dengan kerjasama Jawatankuasa Hak Sivil dan NGO Peguam, Loyar Buruk.
Apai juga menceritakan pengalamannya bekerja di sebuah radio yang dikuasai kerajaan Sarawak  sebelum meletak jawatan kerana beliau percaya Taib Mahmud memanipulasi kekayaan negeri demi kepentingan peribadi dan kroni.
Beliau kemudian meninggalkan keluarga, perniagaan dan kehidupan mewah demi membongkar kekayaan Taib Mahmud dengan menuju ke London pada Oktober 2010 tanpa memaklumkannya kepada sesiapa pun termasuk ahli keluarga.
Selepas sebulan mengendalikan Radio Free Sarawak, Apai kemduian menonjolkan diri di khalayak umum tetapi beliau mendakwa menerima beberapa ugutan bunuh.
Beliau juga pernah berhasrat pulang Sarawak selepas keluarganya didakwanya menerima ancaman tetapi membatalkan hasrat itu atas nasihat beberapa rakan karibnya.
“Kawan-kawan menasihatkan saya, jika saya berhenti, siapa lagi yang mahu mendedahkan perkara ini.
“Akhirnya, saya memutuskan untuk meneruskan perjuangan kerana kesusahan saya tidak seberapa berbanding kesusahan yang majoriti rakyat Sarawak.
“Kalau saya kalah, maka Taib Mahmud akan menang,” kata Apai yang turut meminta mana-mana pihak dari cuba menakut-nakutkan perjuangannya.
Beliau berkata, perjuangannya didokong kuat Bruno Manser Fund (BMF), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di luar negara yang pernah mendedahkan kes rogol wanita Penan melibatkan pekerja balak.
“Jangan cuba takutkan saya kerana saya sendiri akan memimpin satu protes di London selepas ini dan turut disokong protes besar-besar seluruh dunia khasnya di Australia,” kata Apai.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9281
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular