Grab the widget  IWeb Gator

Friday, March 18, 2011

Sumpah Melayu Perkatak

Kita rakyat Malaysia sebulat suara?? Bila pulak aku wakilkan kat dia untuk bercakap ni?

Antara kata-kata Arman Azha Ketua Wira Perkasa dalam Video clip dibawah ialah.. “ Kita rakyat Malaysia sebulat suara kita nak pemimpin yang betul-betul tulus, kita nak pemimpin yang benar-benar bersih, memahami jiwa rakyat.”


KUALA LUMPUR, 16 Mac – 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa kerajaan melalui mahkamah untuk menggunakan kuasanya untuk menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana enggan menyerahkan sampel DNA dalam kes liwat yang dihadapinya sekarang.

Pemimpin NGO itu juga mempersoalkan keengganan Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak mahu bekerjasama dengan mahkamah yang mengadili kes tersebut.

“Anwar kata suara rakyat adalah suara keramat tapi sekarang beliau tidak dengar apa yang rakyat mahukan, kenapa beliau masih berdegil dan engan menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah?

“Oleh sebab itu, saya desak mahkamah gunakan kuasa veto dengan mengarahkan polis menahan Anwar untuk mendapatkan sampel DNA, bukan susah sangat... kenapa perlu dipanjangkan perkara ini,” kata Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Mohd Ali Baharom pada sidang media di sini.

Beliau berkata keengganan Anwar itu akan menyebabkan kes liwat yang membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dapat diselesaikan dengan segera.

“Jangan panjangkan perkara ini, kita mahukan keadilan... rakyat juga nak tahu sama ada Anwar terlibat atau tidak.

“Kalau benar beliau tidak terlibat kenapa mesti takut? Serahkan sahaja dan biar mahkamah tentukan beliau salah atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Badan NGO Malaysia Md Radzi Daud, sebagai seorang tokoh pemimpin Anwar perlu menyerahkan sampel DNA bagi membuktikan beliau tidak bersalah.

“Kita tidak mahu perkara ini dipolitikkan, kalau boleh biar perkara ini diselesaikan di mahkamah... kenapa Anwar mesti bimbang? Bak kata pepatah Melayu berani kerana benar jadi kenapa kena takut.

“Apa besar sangat Anwar sehingga mahkamah tak boleh ambil sampel DNA? Kebal sangatkah Anwar ini? Perkara ini mudah dan cepat diselesaikan kalau beliau serahkan DNA dan tidka perlu jadikan ia isu nasional,” katanya.

Menurut beliau, rakyat mahu kes liwat itu diselesaikan dengan segera kerana ia sudah mengambil masa yang terlalu lama.

“Benda ini mudah tapi diperbesarkan... benda ini kecil tapi dipolitikkan.

““Kita mahukan keadilan, ketelusan dan kebenaran, kalau Anwar benar beliau tidak perlu takut... serahkan sahaja DNA dan biar mahkamah tentukan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah memberitahu, tindakan Anwar enggan menyerahkan sampel DNA bertentangan dengan dasar keterbukaan yang diperjuangkan bekas timbalan perdana menteri itu.

“Kata tentang keadilan, apa beza Anwar dengan Saiful? Dua-dua rakyat Malaysia tapi kenapa susah sangat Anwar serahkan sampel DNA, ia untuk buktikan sama ada bersalah atau tidak tapi kenapa beliau enggan.

“Rakyat sekarang dah jelak dengan perangai Anwar ini, rakyat nak tahu apa yang berlaku... adakah beliau nak bawa perkara ini sampai pilihan raya umum nanti?” soalnya.

Jelas beliau, demi keadilan dan kebenaran Anwar perlu menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah.

“Beliau (Anwar) kena buktikan beliau bersih, adakah kita mahukan pemimpin yang macam ini? Isu DNA ini kecil tapi diputarbelitkan Anwar sampai jadi isu nasional.

“Kalau betul tak bersalah serahkan sampel DNA, selesaikan masalah ini segera,” katanya.

Timbalan Presiden Pertubuhan Pemanda dan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Malaysia Mohd Syahrir Abdul Aziz pula berkata Anwar seolah-olah kebal kerana tidak boleh disentuh.

“Kita bukan nak melangkaui kehakiman tapi yang pelik kenapa Anwar ini kebal? Perkara ini jadi isu hangat yang dibincangkan, pelik kenapa Anwar tak boleh serahkan sampel DNA... kalau orang biasa mungkin dah kena hukum.

“Jadi kenapa susah sangat Anwar nak serahkan sampel DNA, kalau benar beliau bukan peliwat serahkan sahaja untuk bersihkan namanya,” katanya.

Pada minggu lalu kumpulan sama telah berhimpun di hadapan ibu pejabat PKR bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA berhubung kes liwat itu.

Kelmarin pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Anwar memberikan sampel DNA beliau.

Antara NGO yang membuat desakan ialah Gabungan Badan NGO Malaysia, Pekida, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Pro-waris, Persatuan Masyarakat India DBKL, Persatuan Bekas Polis, Alumni Belia 4B, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Persatuan Wanita Selayang, Persatuan Wanita Kota Raja dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular