Semalam, rata-rata akhbar perdana ada menyiarkan berita fasal pelancaran album sulung Najwa Mahiaddin, bertajuk Innocent Soul di Restoran Ecoba.
Yang mahu dipersoalkan di sini bukanlah album anak TPM Muhyiddin ini, namun nama Mahiaddin yang digunakan oleh Najwa. Mengapa tidak gunakan nama bapanya, Muhyyidin? Logiknya nama Mahiaddin itu bukan juga nama gabungan ibu bapanya kerana nama ibunya Norainee.
Apa dan siapa Mahiaddin?
P/s; Apa fatwa TPM apabila anak gadisnya menjadi penyanyi dan mendedahkan aurat? Bukan apa, TPM adakalanya terlebih Islam daripada orang lain apabila menjelang sesuatu pilihan raya!