Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 17, 2011

Sejarah Gerakan Islam Di Malaysia


SEJARAH PENUBUHAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA 1

Sejarah penubuhan PAS adalah sinonim dengan sejarah perjuangan Hizbul Muslimin yang telah diharamkan oleh penjajah British pada tahun 1948. Hizbul Muslimin ditubuhkan di Gunung Semanggol, Perak dengan nasihat daripada tokoh-tokoh politik seperti Dr Burhanuddin Al-Helmi dan kiai Masyhur Azahari, seorang pemimpin kanan Majlis Syura Islam ( Masyumi ).

Parti ini ditubuhkan secara rasmi pada 17 Mac 1948 di bawah pimpinan seorang tokoh agama, Ustaz Abu Bakar Al- Baqir dan didokong oleh kalangan elit agama tradisional seperti guru-guru serta pelajar agama. Pertubuhan politik Islam ini mensasarkan 3 matlamat utama dalam perjuangannnya :







  1. Membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajahan
  2. Membentuk negara Islam yang bersifat sejagat
  3. Menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam
Seawal penubuhannya, Hizbul Muslimin diawasi dan diintip kegiatannya oleh unit risikan British. Hal ini terjadi kerana Britis sudah mempunyai pengalam bertembung dengan gerakan Islam yang anti penjajah seperti di Sudan,Mesir,Nigeria dan sebagainya. Pengawasan yang dilakukan oleh British terhadap Hizbul Muslimin adalah berdasarkan laporan unit risikan British sepertimana berikut :
The development of this movement should be very closely watched, for its preaches nationalism as the religious duty of all the believers, and Islam has been a militant creed. There can be no doubt that its propaganda is made to appeal to the young Malay intelectuals and progressives, since its strives to gives scriptural authority to their efforts to modernize their society and economy and to their undoubtedly aspirations towards national independence

British telah mendapat kesempatan yang baik untuk melumpuhkan gerakan ini apabila berlaku ancaman daripada anasir komunis yang melancarkan gerila untuk menumbangkan pentadbiran British di Tanah Melayu bagi menubuhkan republik rakyat komunis. Gerakan agresif Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng bertindak atas arahan resolusi Persidangan Komunis Asia yang bersidang di Calcutta, India. Kerajaan British telah mengisytiharkan darurat pada 18 Jun 1948 dan telah memperkenalkan Ordinan Darurat. Tindakan ini telah memberikan ruang yang luas kepada British untuk menahan sesiapa yang dianggap mengancam keselamatan negara. British telah mengharamkan parti-parti politik aliran kiri seperti Partai Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ), Angkatan Pemuda Insaf ( API ), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS ) dan Hizbul Muslimin. Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan sejumlah pimpinan Hizbul Muslimin turut ditahan di bawah ordinan tersebut.

Dalam tempoh awal zaman darurat ini, parti berhaluan kanan seperti UMNO diberi ruang yang luas untuk bergerak dan sebahagian ahli-ahli Hizbul Muslimin turut menganggotai Biro Agama UMNO bagi mengisi ruang perjuangan Islam yang ada dalam biro tersebut. Walaubagaimanapun suara-suara menuntut supaya diadakan sebuah pergerakan siasah berteraskan Islam mula kedengaran. Maka pada tanggal 24 November 1951 satu perhimpunan ulama, badan-badan dan pertubuhan Islam telah diadakan di perkarangan Kelab Melayu Bagan di Butterworth, Pulau Pinang. Dalam persidangan ini,suatu keputusan telah diambil bagi mewujudkan Parti Islam Se-Tanah Melayu yang mana telah mendapat sokongan kuat daripada perwakilan yang hadir pada hari tersebut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular