Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, March 12, 2011

Cubaan BN Sabotaj Konvensyen KEADILAN Sarawak gagal


KUCHING: KEADILAN Sarawak menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) mensabotaj konvensyen parti itu membuktikan kerajaan terancam dengan kebangkitan parti itu.

Menurut Pengarah Jawatankuasa Pelaksanaan Konvensyen, Abang Zulkifli Abang Engkeh, program yang sepatutnya berlangsung di tempat yang dicadangkan itu terpaksa diubah saat-saat akhir ke tempat lain iaitu di Batu Kawah, Kuching yang jaraknya 30 kilometer daripada tempat asal.
Katanya, sewa ditempat asal pula tiba-tiba dinaikan RM100,000 untuk semalam berbanding harga asal yang jauh lebih rendah.
Selain itu, beliau memberitahu pemimpin BN tertentu juga turut menggesa sebuah syarikat agar membatalkan penyewaan sistem bunyi yang sudah dibuat seminggu lebih awal.
“Beberapa jam sebelum berlangsungnya konvensyen KEADILAN, syarikat itu secara tiba-tiba membatalkan sistem bunyi yang kita sudah tempah.
“Namun begitu, saya ucapkan syabas dan tahniah pada ratusan anggota dan masyarakat setempat yang konsisten dan tetap hadir hari ini walaupun tempat diubah saat-saat akhir,” katanya yang juga ketua penerangan KEADILAN Sarawak.
Difahamkan, konvensyen  itu mensasarkan kurang 300 anggota, tetapi mengagumkan apabila dihadiri melebihi 500 orang.
Turut serta dalam konvensyen itu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chien Jen dan puluhan pimpinan pakatan negeri dan pusat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8765
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular