Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 10, 2011

RM63,000 hanya untuk hantar email??


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM63,000 hanya untuk menghantar email ucapan ‘Salam 1Malaysia’ kepada 1.25 juta rakyat di negara ini. Email itu dihantar pada awal Febuari bersama ucapan SMS Tahun Baru Cina.

Perkara itu didedahkan dalam satu soalan parlimen yang dibangkitkan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan semalam.
Menurut laporan Malaysiakini, Najib dalam jawapan bertulisnya menyatakan empat juta SMS yang dihantar itu disediakan secara percuma oleh tiga syarikat telekomunikasi iaitu Digi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd.
Manakala syarikat yang mengendalikan penghantaran emel itu dilapor berpangkalan di Amerika Syarikat.
Justeru Ahli Parlimen Seputeh, Teresa kok, mengingatkan Najib bahawa bajet yang diperuntukkan kementerian kewangan bukan lah dana peribadinya tetapi wang pembayar cukai yang perlu diurus dengan cermat.
Beliau yang juga exco kerajaan Selangor turut mendakwa  Najib menganugerahkan kontrak menghantar emel kepada pihak ketiga, Lyris Inc, yang merupakan syarikat pemasaran teknologi yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat.
Teresa mendakwa, tiada proses tender terbuka, tetapi nama syarikat itu boleh dilihat dengan mengklik pada pautan ‘tidak melanggan’ (unsubscribe) pada emel berkenaan.
Sehubungannya, beliau menggalakkan orang ramai mengklik ‘tidak melanggan’ (unsubscribe) senarai penghantaran ‘Salam 1Malaysia’ bagi menyelamatkan wang pembayar cukai dan sebagai satu mesej protes.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8589
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular