Saya tidak berniat mahu menyalin kesemua teks berita MK, "Doktor: Saiful Dakwa Dadanya Diramas" kerana berita yang dipautkan sebelum ini sudah menjelaskan inti pati keterangan melibatkan doktor tersebut.
Saya cuma mahu menyalin apa-apa yang tidak dilaporkan dalam laporan KD sahaja.
Saya petik:
[MK] ...Dr Razuin Rahimi yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, dia menerima panggilan dari pihak hospital ketika berada di rumahnya pada kira-kira 3.30 petang 26 Jun 2008, mengenai seorang mangsa yang mendakwa telah diliwat oleh seorang ahli politik berprofil tinggi.
Katanya. dia minta kakitangan tersebut supaya memberitahu pengadu membuat laporan polis terlebih dahulu.
Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa yang dia memaklumkan kepada pegawai atasannya Dr Siew Sheue Feng, mengenai perkara itu dan Siew memintanya datang ke hospital.
Dia tiba di pusat krisis HKL dan menemui Saiful dan mengambil maklumat mengenainya.
Dr Razuin berkata, Saiful mendakwa berlaku penetrasi di duburnya dan bahan pelincir digunakan.
Saiful juga, katanya, mendakwa ahli politik berkenaan turut meramas dadanya.
Dr Razuin kata Saiful juga memberitahu yang dia diminta melakukan seks oral tetapi dia menolaknya.
Katanya, temubual dengan Saiful berjalan selama 20 minit sehingga jam 9 malam, apabila doktor lain - Dr Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam Hassan - sampai....
P/s: Ingat bahawa dalam kes ini Sayfool mendakwa dia diliwat secara paksa, walaupun laporan polisnya mengatakan sebaliknya. Biarpun terdapat percanggahan, namun kes ini tetap diteruskan. Jika DSAI didakwa di bawah seksyen 337b (melakukan persetubuhan di luar tabii) mengapa hanya DSAI didakwa, mengapa Sayfool tidak didakwa di bawah seksyen yang sama? Persoalan ini pun sudah cukup membakulsampahkan kes ini.
Saya tidak mahu lagi menulis logik akal berkaitan dengan orang muda diliwat secara paksa oleh orang tua berusia 60 tahun kerana saya sudah menulis panjang lebar fasal hal itu sebelum ini. Cuma tertarik dengan kenyataan Sayfool kepada Doktor Razuin.
Pertama: Sayfool mendakwa dadanya diramas. Dada Si Sayfool ini berisikah sehingga perkataan "meramas" itu digunakan olehnya. Kalau dada sekeping macam papan, gunakanlah istilah "meraba".
Kedua, Sayfool mendakwa kejadian rogol-liwat-paksa itu menggunakan pelincir. Seorang tua yang mempunyai penyakit tulang belakang masih mampu membuatkan pemuda yang gagah perkasa menahan juburnya tanpa melawan atau bertindak melarikan diri, sempat pula membiarkan si peliwat menyapu pelincir di anu sebelum menusukkan anu itu ke juburnya. Cuba anda fikirkan logiknya.
Ketiga, orang tua berusia 60 tahun itu sempat pula meminta Sayfool menghisap anunya. logikkah ketika merogol/memaksa, si peliwat melakukan aksi seolah-olah kejadian itu berlansung atas kerelaan Sayfool? Kenyataan Sayfool ini seolah-olah menunjukkan bahawa dia tidak berdaya melawan peliwatnya yang sudah berusia. Dia seolah-olah dipukau sehingga mengikut sahaja kehendak peliwatnya. Saya pernah kata, kalau liwat ini benar-benar berlaku, kejadian itu bukanlah secara paksaan, tetapi secara rela.Adakah DSAI berperangai seburuk itu? Ish ish!
Bercakap soal paksa, tahukah anda bahawa sebelum ini tersebar "screenshot" Sayfool dikatakan mengeluarkan kata-kata mahu memecahkan kepala seseorang apabila mengetahui gambar adiknya dimuat naik ke laman Friendster? Tidak percaya? Sila baca pautan ini. Anda mungkin tidak percaya pemuda "ganas" ini dengan begitu mudah tewas lalu menyerahkan juburnya yang amat berharga kepada lelaki tua berusia 60 tahun. Siapa yang mahu percaya kata-kata Sayfool? Angkat tangan!
Kalau sesiapa yang mahu ketawakan orang yang mengangkat tangan itu, ketawalah!