Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 10, 2011

Akhirnya Datuk Seri Nazri Aziz mengakui kewujudan Divisyen Wanita Pertama Malaysia (FLOM).

Setelah didesak berkali-kali, barulah Datuk Seri Nazri Aziz mengakui kewujudan Divisyen Wanita Pertama Malaysia (FLOM).Namun, jawapannya agak “mengelirukan” kerana kenyataannya bahawa 6 orang pekerja di divisyen FLOM tersebut adalah dipinjamkan dari Jabatan Perdana Menteri untuk membantu “tugas” Datin Seri Rosmah Mansor. Maklumat lanjut ada di bawah.

a47247767045b3d25d05c3dc04b01981 Wujud Pejabat FLOM Untuk Bantu Tugas Rosmah?
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengakui kewujudan Divisyen Wanita Pertama Malaysia (FLOM) tetapi berdolak-dalik dengan mengatakan pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) hanya dipinjamkan untuk membantu ‘tugas’ Datin Seri Rosmah Mansor.Beliau berkata, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang diambil bertugas di Pejabat Perdana Menteri.
“Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau,”
Nazri kemudian memberi alasan senarai enam pegawai FLOM pada direktori JPM dikeluarkan dari laman sesawangnya kerana ia sedang dikemas kini, kononnya bagi mengelakkan kekeliruan.Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.
Sementara itu, HarakahDaily melaporkan, kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.Perkara itu diakui Nazri dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, soalan Firdaus sama ada kos itu tersenarai dalam bajet 2011, tidak dinyatakan jawapan.Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.
Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri.Isu lawatan Rosmah sebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan.Turut dipertikaikan, kos yang ditanggung kerajaan di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi.
Masalahnya sekarang ini, siapa yang melantik beliau dan memberikan “tugas”? Yang tugasnya itu kadang-kadang melampaui kuasa Menteri sendiri? Nampak sangat janggal di situ.Kami bukanlah nak anti sangat dengan “First Lady Of Malaysia” ni, tapi berbanding dengan isteri Mantan Perdana Menteri, yang lain semua “ikut belakang suami, tapi yang ini jalan dulu”.
f72fe5b419188baf11fc2ae05ade13a9 Wujud Pejabat FLOM Untuk Bantu Tugas Rosmah?
Terlalu banyak yang diperkatakan mengenai Rosmah Mansur ini, dari isu laman webnya sendiri di laman web rasmi Jabatan Perdana Menteri, hinggalah “tertubuhnya” divisyenFirst lady Of Malaysia. Rasanya, memang tidak manis dipandang rakyat.Eloklah sekiranya segala niat murni atau aktiviti yang ingin dilakukan, menerusi saluran Non-Government Organisation (NGO). Barulah orang tak cakap bukan-bukan tentang menghabiskan duit cukai rakyat untuk kepentingan sendiri.
Walauapapun,setujukah anda sekiranya FLOM ini tidak diteruskan?Dan apakah pandangan anda mengenai kewujudan FLOM ini?
BACA YANG INI PULA (ARTIKEL YANG BERKAITAN) :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular