Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 10, 2011

Gambar Cek RM1.4 Juta & Penafian Gobala

Aduhai, Gobala! Saya ulang kenyataan dia,  "Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya keluarga saya mempunyai kepentingan di dalamnya, bukan saya." Mahu berbelit-belit lagi? Siapa mahu percaya? Tidak betul, samanlah Saifuddin!




Cek di atas didedahkan oleh YB Saifuddin kepada pihak media.

Sementara itu, pada sidang media berasingan, Gobalakrishnan menafikan menerima wang berjumlah RM1.4 juta seperti yang didakwa YB Saifuddin.

Malah beliau turut bersedia disiasat oleh pihak berkuasa berhubung dengan dakwaan berkenaan.

"Saya sedia untuk disiasat pada bila-bila masa. Saya tidak pernah menerima apa-apa bayaran berjumlah RM1.4 juta daripada mana-mana pihak seperti yang dikatakan mereka.

"Anda boleh periksa tandatangan saya, malah saya tak ada tunaikan apa-apa cek lagi pada tahun ini," katanya.

Menurutnya lagi, syarikat Embun Megah Sdn Bhd yang dimaksudkan YB Saifuddin bukan miliknya.

"Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya keluarga saya mempunyai kepentingan di dalamnya, bukan saya," katanya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular