Maafkanlah Mahathir..
Mahathir sukar maafkan Anwar.. OoooOoo...kesahnya... Anwar pula bagaimana ya..?? Apakah Anwar terlalu pemaaf dan terpuji hingga rela memaafkan segala kesalahan Mahathir terhadapnya... dan melupakan segala dosa2 Mahathir itu.. bagaimana dgn tindakan bekas PM itu menfitnahnya dengan pelbagai tohmahan.. menuduh macam2.. terbaru dalam bukunya The doctor in the house..
Siang malam Mahathir duk bantai Anwar.. Kalau aku sorry ler nak maafkan orang macam ni kalau dia buat kat aku.. jumpa kat akhiratlah.. tanggunglah akibat dari perbuatan dia.. apa kau ingat aku takde maruah ker..??
Bagaimana pula dgn kesalahan Mahathir selama 22 tahun perintah Malaysia.. adakah terlalu suci dan tiada dosa dan kesilapan yg beliau lakukan sepanjang memegang tampuk kuasa..??
Sukar atau tidak untuk kita maafkan dia.. terpulanglah..
Sukar Untuk Maafkan Anwar: Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah sukar baginya untuk memaafkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas tindakan bekas Timbalannya memburuk-burukkan beliau di mata dunia.
Dalam autobiografinya "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" yang dilancarkan Selasa, Dr Mahathir berkata selepas dipecat, Anwar menjelajah ke seluruh negara memberitahu rakyat pemecatannya adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menghalangnya menjadi perdana menteri.
Anwar juga katanya, meluangkan banyak masa mengampu pemimpin Umno peringkat bahagian dan anggota di cawangan bagi mengangkat dirinya terutama pada kalangan orang kampung, dan menjadikan beliau sebagai seorang yang zalim di mata alim ulama.
"Tidak dapat dinafikan Anwar seorang yang berkarisma dan beliau tahu bagaimana mendapatkan sokongan rakyat. Semua yang saya lakukan untuk Anwar sebelum ini diketepikan begitu saja. Saya dilihat sebagai menzalimi beliau dan mencampakkan beliau ke penjara, seolah-olah tanpa dibicarakan.
"Apabila nama saya disebut dalam buku atau artikel, saya digambarkan sebagai Perdana Menteri yang memenjarakan Timbalannya. Hakikat bahawa beliau didakwa dan dibicarakan di mahkamah tidak pernah disebut," katanya.
Mahathir berkata sebagai seorang yang pemaaf, beliau banyak menghidupkan semula kerjaya pemimpin yang cuba memusnahkannya menerusi politik, malah menamakan seorang daripada mereka sebagai pengganti beliau, tetapi mendapati sukar untuk memaafkan Anwar.
Beliau juga berkata Anwar gagal menjadi Perdana Menteri hari ini kerana tindakan sendiri.
"Beliau tidak memberi saya sebarang pilihan kecuali memecatnya dan saya lakukan apa yang saya fikir baik untuk negara. Saya mungkin telah melakukan banyak kesalahan tetapi memecat Anwar bukan satu daripadanya," kata beliau.
Dalam bukunya, Dr Mahathir juga berkata, bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang beliau rasa pernah berhasrat menjadi perdana menteri negara ini, berasa kecewa apabila Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengekang aktiviti People's Action Party (PAP) yang diketuai Lee di Singapura sahaja, dan hampir-hampir menukarnya menjadi parti pembangkang.
Beliau berkata, PAP bertindak ingkar dengan bertanding menentang calon MCA pada pilihan raya umum 1964, tetapi gagal mendapatkan sokongan apabila hanya menang satu kerusi sekali gus memadamkan impian Lee untuk menggantikan MCA sebagai rakan utama Umno dalam kerajaan perikatan.
Tindakan itu memberi keyakinan kepada Tunku bahawa tidak akan wujud persefahaman dengan PAP dan beliau seterusnya menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 1965.
"Penyingkiran itu bermakna berakhirnya impian Lee. Beliau (Lee) menangis apabila mengumumkannya (pemisahan dari Malaysia) di televisyen dan tidak pernah memaafkan Tunku," kata Dr Mahathir.
- BERNAMA