Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 8, 2011

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersemuka dengan Pengerusi DAP Karpal Singh bagi menjelaskan dasar kerajaan Kelantan


Judi: PAS Kelantan sokong Nik Aziz jumpa Karpal
Mohd Nor Yahya   
KOTA BHARU, 8 Mac:  Langkah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bersemuka dengan Pengerusi DAP Karpal Singh bagi menjelaskan dasar kerajaan Kelantan berhubung pengharaman judi dialu-alukan oleh PAS negeri itu.
Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr.Muhammad Fadzli Hassan ketika dihubungi memberitahu langkah tersebut amat sesuai dengan pendekatan PAS malah disifatkan lebih baik daripada membuat penjelasan dalam media untuk mengelakkan isu tersebut dimanipulasi oleh pihak tertentu.
Mengulas lanjut isu judi yang cuba ditimbulkan semula di Kelantan, Muhammad Fadzli berkata, semua pihak seharusnya faham tentang dasar kerajaan Kelantan ini kerana setelah PAS mengambil alih Kelantan di tahun 1990, pengharaman judi adalah perkara pertama yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah kepimpinan Nik Aziz.
Kata beliau, tindakan itu diambil kerana judi bukan sahaja diharamkan oleh Islam, malah ia adalah penyakit bagi semua masyarakat dan menjadi antara punca utama kemusnahan sesebuah keluarga.
"Aspek-aspek utama yang diambil kira sewaktu kerajaan negeri mahu mengharamkan judi dahulu ialah judi merosakkan keharmonian sesebuah keluarga dan menjejaskan aliran ekonomi keluarga itu," ujar beliau.
Malah menurut beliau, sewaktu kerajaan Kelantan mahu melaksanakan dasar mengharamkan judi ia turut mendapat sokongan masyarakat bukan Islam sendiri.
Justeru katanya, isu tersebut sepatutnya tidak timbul lagi setelah PAS mentadbir hampir 21 tahun di negeri itu.
Sehubungan itu beliau percaya isu tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam ( MPKB-BRI ) baru-baru ini terhadap permis yang menjalankan penjualan loteri sengaja diperbesarkan oleh Barisan Nasional khususnya MCA bagi menarik sokongan bukan Islam sedangkan orang bukan Islam di Kelantan amat membenci judi ini.
“Saya amat yakin jerat yang dipasang ini akan menjerat kawan-kawan mereka sendiri dalam BN terutamanya Umno” kata Muhammad Fadzil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular