...sikap pihak yang berkaitan dengan hal ini begitu menyedihkan walaupun tahap pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar amat membimbangkan.
Dewan peperiksaan yang dibakar oleh pelajar di sebuah sekolah di Johor pada tahun 2009. |
Anda tahu apa kata Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Adenan Deraman ketika mengulas tindakan dua pelajar tingkatan tiga yang meletupkan bangunan sekolah mereka seperti dilaporkan Harian Metro, semalam? Katanya, “Kes ini tidak serius kerana tidak membabitkan kemalangan jiwa.”
Banyak sangat orang yang dipertanggungjawabkan dalam hal ini masih berada dalam sindrom penafian, bersikap "cover line". Patutlah, segelintir pelajar sekarang baik di sekolah menengah, mahupun di sekolah rendah berperangai seperti Jin Ifrit. Usahkan meletup atau membakar sekolah, kanak-kanak berusia 9 tahun pun ada yang ditangkap kerana merogol rakan sekelas.
duniacacamarba
duniacacamarba