Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 9, 2011

Harussani semakin bercelaru


Enggan jelas, isu 'undi PAS masuk syurga' celaru
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria enggan membuat penjelasan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tulisan responsnya menyentuh isu 'undi PAS masuk syurga', Ahad lalu.

Menurutnya, tindakan itu tidak perlu kerana beralasan bahawa Menteri Besar Kelantan itu akan tetap dengan sikapnya menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam.

“Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan.

“Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,” katanya seperti lapor The Malaysian Insider.

Tuan Guru Nik Aziz semalam telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan Harussani ekoran kenyataan “undi PAS masuk syurga”.

Mengulas isu itu, Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim menyifatkan jawapan mufti itu sebagai bercelaru.

Beliau yang juga antara yang 'berperang' kenyataan dengan Harussani dalam isu ancak membabitkan Menteri Besar Perak berkata, mufti itu juga cuba menunjukkan belangnya.

"Harussani semakin bercelaru dan menampakkan belangnya yang sebenar bila menolak mentah-mentah hasrat Tuan Guru Nik Aziz bertemu dengannya," katanya.

Manakala pengendali Facebook Tuan Guru Nik Aziz pula dalam posting terbaru di laman itu melahirkan kekesalan dengan jawapan mufti itu.

"Adakah begini caranya seorang Mufti menjawab pertanyaan yang diberikan kepadanya? Relevankah?" tulisnya.

Bagaimanapun, Harussani tidak menolak bertemu sesiapa termasuk Tuan Guru Nik Aziz yang mahu bertemu dengannya.

Katanya, untuk pertemuan itu juga tidak perlu kepada orang tengah yang mengaturkannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular